Paru-Paru & Darah Bayi Dijangkiti Kuman Akibat Asap Rokok Sampai Hampir Sawan

“Selepas kejadian ini, memang serik nak bawa anak ke tempat yang ada orang merokok. Saya harap perkara ini sama-sama dijadikan iktibar." - Ibu

  • Seorang bayi berusia setahun menderita selepas paru-paru dan darahnya dijangkiti kuman dipercayai disebabkan asap rokok

    • Muhammad Nazmeen Haqeel Shahrol Nizam dimasukkan ke Hospital Pantai Batu Pahat setelah mengalami demam panas sehingga suhu badannya mencecah 40 darjah Celsius.

      Menurut ibunya, Sayang Nadzirah Salleh, 28, mujur dia membawa anak bongsunya ke hospital awal kerana mengikut kata doktor, anaknya boleh diserang sawan.

    • “Kalau kami lambat adik mungkin kena sawan sebab badannya panas dan menggigil walaupun kami dah tuam dengan tuala basah untuk turunkan suhu badannya.

      “Adik ditahan di hospital selama enam hari dan sepanjang dimasukkan ke wad, kahaknya disedut dan diberi lima jenis ubat termasuk antibiotik setiap tiga jam. Memang tak pernah perkara ini berlaku kerana dalam rumah kami tiada yang merokok,” katanya.

  • Sayang Nadzirah memberitahu, dia sekeluarga ada mengunjungi sebuah warung di Jalan Kluang sebelum anaknya itu jatuh sakit

    • Dia sekeluarga singgah untuk makan malam dan ketika itu memang ada pelanggan lain yang menghisap rokok.

      “Selepas kejadian ini, memang serik nak bawa anak ke tempat yang ada orang merokok. Saya harap perkara ini sama-sama dijadikan iktibar,” katanya.

      Sumber: Sinar Online

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Merokok membahayakan kesihatan. Baca lagi di SINI:

Leave a comment