*Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu.
Bermaksud, empat minggu Ali perlu berada di wad. Rujuk gambar rawatan antibiotik yang dipetik dari National Antibiotic Guideline Malaysia.
Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.
Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu "mengalahkan" kuman ini dengan mudah.
Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema.
Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV. Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya.
Oh ya, beliau cuma merokok. Sekotak tiga hari. Sejak umur 17. Itu sahaja. Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru, lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.
Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital. Empat minggu.*