seismik

UM Keluarkan Hasil Kajian Terbaru Tentang Rokok Seludup, Dan Ia Amat Mengejutkan

Tidakkah kita sedar rokok yang diseludup masuk ke dalam negara mampu menimbulkan kesan yang sangat merbahaya kepada kesihatan?

Cover image via www.flickr.com

Kepada perokok yang menjadikan rokok seludup (atau rokok murah) sebagai sumber rokok harian, anda mungkin mahu teruskan membaca artikel ini sehingga penamat

Ini bukanlah satu sogokan atau paksaan. Tetapi ini berkaitan dengan kesihatan, kehidupan serta nyawa anda.

Kita semua tahu bahawa semakin hari semakin ramai perokok membeli rokok seludup. Kenapa? Sebab harganya yang jauh lebih murah berbanding rokok yang sah.

Image via hmetro.com.my

Rokok seludup dijual pada harga RM3 dan RM3.50 untuk pek 12 dan 16 batang berbanding rokok bercukai yang dijual pada harga RM12 untuk pek 20 batang.

Tetapi hakikatnya...

Image via bcbilli.com

...rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.

Buktinya? Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menjalankan satu kajian terhadap rokok seludup, dan hasil yang mereka dapat sungguh memeranjatkan.

Image via youtube.com

Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:

1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.

2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.

3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.

Tahukah anda kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup juga adalah TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding rokok yang sah? Ya, itulah kebenarannya!

Image via tllts.info

Ini bermakna, menghisap sebatang rokok seludup adalah sama dengan menghisap 3 batang rokok yang sah!

Lima jenama rokok seludup yang telah dijadikan bahan ujikaji adalah Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol.

Secara amnya, kandungan tar di dalam kelima-lima jenama ini melebihi had yang dibenarkan, malah sampel rokok Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar di dalam setiap batang rokok.

Paras yang dibenarkan hanyalah 15mg di Malaysia.

Hasil kajian ini sungguh mengejutkan," kata Dr Chandran Somasundram, Profesor Madya Jabatan Bioteknologi (Institut Sains Biologi) dari Fakulti Sains Universiti Malaya

Image via voanews.com

Ulasan dari Dr Chandran Somasundram:

"Pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan dan mengenakan penalti yang lebih tinggi ke atas sindiket rokok seludup kerana:

1. Ia benar-benar membimbangkan dan menjejaskan kualiti kesihatan rakyat Malaysia."

2. Kotak rokok seludup tidak mempunyai amaran kesihatan bergambar di atasnya.

3. Tidak mematuhi undang-undang kerana ia dijual di dalam pek 12 hingga 16 batang.

4. Kandungan tar dan nikotin yang lebih tinggi di dalam rokok seludup menjadikan ia lebih menggalakkan ketagihan, lalu menyukarkan perokok menghentikan tabiat tersebut."

Sebelum ini, kajian dari Kementerian Kesihatan juga menemui hasil yang sangat membimbangkan. Adakah perkara sebegini akan berterusan?

Sebelum ini pada 2005, Kementerian Kesihatan dengan usaha sama the Clearinghouse for Tobacco Control, Pusat Racun Negara (NPC), Universiti Sains Malaysia (USM), bekerjasama dengan University of Waterloo, the Cancer Council Victoria, dan Roswell Park Cancer Institute untuk menjalankan Kaji Selidik ITC Malaysia dengan objektif untuk:

1. Mengkaji corak tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

2. Mengukur penggunaan tembakau di kalangan golongan muda.

3. Mengkaji kesan polisi pengawalan tembakau tertentu yang dijalankan di Malaysia.

Hasil kajian dari Kementerian Kesihatan ini telah menemui DUA perkara penting iaitu:

1. Rokok seludup mudah didapati di Malaysia kerana hampir tiga perempat (72%) pek rokok seludup telah dibeli dari kedai runcit.

2. Malaysia mempunyai kelaziman merokok sebanyak 23.1 peratus di kalangan orang dewasa dan 30.9 peratus di kalangan remaja lelaki berusia 13 – 15 tahun.

Faktor-faktor ini, iaitu mudah didapati dan mampu dibeli, menyumbang kepada peningkatan perokok muda di negara ini.

Dan tahukah anda penjualan rokok seludup melibatkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan?

Image via mstar.com.my

Tahun lalu, ‘Ops Outlet’ telah giat dijalankan di mana Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjalankan serbuan di seluruh negara sejak awal bulan Mei.

Serbuan di bawah ‘Ops Outlet’ adalah sebahagian daripada usaha untuk membendung penjualan rokok seludup kerana ia melibatkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan dari cukai yang tidak dikutip.

Bimbang dengan kedudukan Malaysia sebagai negara nombor satu di dunia bagi rokok seludup, Jabatan Kastam turut menggesa hukuman maksimum dikenakan ke atas pesalah.

Walaupun dengan semua inisiatif ini, langkah seterusnya yang perlu diambil adalah mendidik pengguna mengenai kesan rokok seludup yang boleh membawa maut

Rokok seludup yang dibawa masuk mempunyai kandungan tar, nikotin dan karbon monoksida yang jauh melebihi had yang dibenarkan.

Situasi ini sungguh membimbangkan terutamanya kerana rokok seludup dijual secara meluas kepada kanak-kanak, golongan muda dan masyarakat di kawasan luar bandar, membawa kepada ketidakseimbangan tahap kesihatan di antara kumpulan sosial yang berlainan.

Banyak pengeluar rokok haram menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang PALSU. Tak percaya? Dapatkan segala info lanjut mengenainya HANYA DI SAYS:

You may be interested in: