Neelofa Cakap “We Were Together” Tapi Peminat LoFattah Bersorak Gembira. Kelakar Kan?
Agaknya mereka ni keliru kot? Lulz :D
Baru-baru ini, satu video meet and greet Lofattah bersama peminat menjadi viral di Facebook gara-gara reaksi para peminat yang menjerit selepas Neelofa memberitahu bahawa beliau dan Fattah pernah bersama
Di dalam video berdurasi 40 saat itu, Neelofa dan Fattah mengakui bahawa dahulunya mereka pernah bersama dan kini hubungannya telah menemui pengakhirannya.
“Saya dengan Lofa diam, lagi banyak andaian, lagi banyak rumours (khabar angin), lagi banyak cerita, sampai saya dengar cerita yang bukan-bukan,” jelas Fattah dalam video tersebut.
Kemudian, Neelofa pula mencelah dan berkata “We were together (kami pernah bersama),” yang disambut dengan sorakan gembira oleh peminat-peminat mereka.
Wajah Neelofa kelihatan sangat keliru kerana mungkin pelik melihat peminat mereka bersorak di atas pengakhiran kisah cinta mereka itu. Lol!
Selepas itu, Fattah mengakui bahawa keserasian yang mereka paparkan sebelum ini bukanlah lakonan semata-mata, malah terbit daripada perasaan cinta yang pernah mekar.
“So sebenarnya, ‘kemesraan’ yang anda semua nampak sebelum ni was true (memang benar). Bukannya false hope (harapan palsu), bukannya nak bagi harapan,” jelas Fattah lagi.
Sebaik berkata begitu, masih lagi kedengaran beberapa peminat menjerit gembira tetapi tidak semeriah sebelumnya.
Setelah video tersebut viral di laman Facebook, kebanyakan netizen memberitahu mereka geli hati melihat respon peminat-peminat Lofattah dan rekaksi Neelofa itu sendiri
Sementara itu, Fattah yang baru mengeluarkan single terbaru nyanyiannya berjudul Wanita Terakhir itu juga mengakui bahawa lagu itu sebenarnya pada asalnya ditujukan buat Neelofa