seismik

Anda Tahu Tak Neelofa Ada Kembar Ratu Cantik Dunia? Serius Sekali Pandang Memang Sama!

Alahai kenapa cantik sangat?

Cover image via SAYS

Sekarang ni bila cakap je nama Neelofa, satu Malaysia kenal. Kalau dulu beliau popular, kini beliau sangat sangat sangat popular. Semuanya dek kerana drama 'Suri Hati Mr Pilot' yang tengah hot ditayangkan di Astro Ria sekarang.

Memang ramai dah lama menunggu kemunculan semula Neelofa dalam dunia lakonan. Boleh dikatakan sejak beliau 'berhijrah', kami tak nampak pun muka beliau berlakon di kaca TV. Sama ada tiada tawaran lakonan atau Neelofa sendiri tak ready kami pun tak tahu.

Apa yang kami tahu drama 'Suri Hati Mr Pilot' ni memang tengah meletop-letop sekarang. Sana sini orang bercakap mengenainya. Mana tidaknya digandingkan pula dengan pelakon kacak, Fattah Amin, ramai yang mengatakan mereka kelihatan sangat serasi dan sepadan untuk memegang watak sebagai suami isteri.

Eh, eh tapi bukan pasal drama tersebut yang kami nak ceritakan. Kami nak cerita yang kami baru saja menjumpai kembar Neelofa. Sekali pandang, serius kami ingatkan Neelofa!

Sama kan?

Image via SAYS

Masa mula-mula nampak gambar ni, kami ingatkan beliau adalah Neelofa yang dulu sebelum berhijrah, rupa-rupanya anggapan kami salah. Beliau adalah Kylie Verzosa, atau nama penuhnya Kylie Fausto Verzosa iaitu Miss International 2016 yang berasal dari Filipina.

Kylie Verzosa atau lebih mesra dipanggil Kylie merupakan wanita keenam dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss International. Wah, orang-orang filipino ni memang cantik-cantik agaknya. Jom kita usha gambar beliau!

Tengoklah, kalau orang dah cantik pakai apa pun cantik. Betul tak?

Nak kata 100% sama tu memanglah tidak. Tetapi ada beberapa ketika wajahnya memang kelihatan mirip seperti Neelofa. Contohnya seperti di bawah:

Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS

Ironinya kalau anda nak tahu, Neelofa sendiri follow Kylie di Instagram. Mungkin Neelofa sendiri sedar yang beliau mempunyai kembar yang cantik di Filipino.

Bagaimanapun, followers Neelofa di Instagram JAUH lebih ramai berbanding Kylie. Neelofa kini mempunyai lebih 3.7 milion followers, manakala Kylie mempunyai lebih kurang 223 ribu followers di Instagram.

Bila dipecahkan melalui kiraan matematik, 223 ribu itu hanyalah 6% daripada 3.7 juta. Ternyata Neelofa jauh mendahului sebanyak 94%.

Follow beliau dan stalk lah sekarang!
Kylie Verzosa

Last but not least, nah jangan cakap akak tak payung! :P

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak lagi kembar artis kami dah jumpa!

Termasuklah first lady kita. Yang ni betul-betul seiras!

You may be interested in: