Cuti Sem Lambat Dan 21 Lagi Perkara Yang Hanya Student UiTM Akan Faham. #UiTMDihatiku
Memang #BangsaUiTM saja yang akan faham.
Cover image via uitm.edu.myApabila bercakap mengenai zaman study, mesti setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing. Sedih ada, kelakar ada dan yang unik pun ada!
Pengalaman waktu belajar memang sukar dilupakan. Waktu ni lah kita tak tidur malam siapkan *assignment*, makan mi segera sebab nak jimat, lepak tengok bola ramai-ramai dekat mamak, *happy* bila kelas *cancel* dan macam-macam lagi.
Tetapi mungkin setiap tempat pengajian mempunyai keistimewaannya yang tersendiri termasuk juga **Universiti Teknologi Mara (UiTM)**.
Jadi hari ini, kami nak kongsikan dengan anda pengalaman dan perkara yang hanya student UiTM sahaja faham sewaktu menuntut di sana.
1. Yuran murah daripada universiti lain
Perkara pertama yang semestinya UiTM ni ***win*** daripada universiti lain adalah bayaran yuran yang murah. Hanya semester pertama saja mereka perlu membayar RM700++. Masuk saja semester kedua dan seterusnya, pelajar UiTM hanya perlu membayar dari RM400++ hingga RM500++ sahaja. Yang pasti memang tak akan cecah seribu ringgit. Disebabkan ini, ramai jugalah kawan-kawan universiti lain akan cemburu dengan mereka.
**#Untunglahhhh~**
Image via sharkhasim.blogspot.my
2. Cuti sem selalu lambat
UiTM ni *special* sikit bila bab cuti sem. Cuti sem mesti lambat daripada universiti lain. Sedang *member-member* lain sedang menjerit merdeka sebab dah tamat *final exam*, pelajar UiTM masih lagi di sudut penjuru bilik pegang buku, buat *revision* untuk paper esok. Bila *scroll* Instagram tengok kawan lain *update* gambar kat rumah sambil makan ayam goreng, mereka hanya boleh *like* dan berhuhu lah jawabnya.
Image via Dino Rock Johnson/Twitter
3. Minggu Destini Siswa (MDS)
**Minggu Destini Siswa (MDS)** atau nama lainnya minggu orientasi. Minggu inilah para pelajar akan merasakan tak cukup mandi, makan dan tidur kerana semua pergerakan kena laju dan tangkas. Jadi kalau busuk dan mengantuk itu adalah perkara biasa.
Image via luqmansukatido.blogspot.com
4. Final exam waktu musim raya
Apabila sampai saja musim raya tak semua pun *student* UiTM akan gembira dan *excited* sebab ada yang terpaksa menjalani *final exam* sewaktu musim raya. Lepas hari raya ketiga dah kena balik kampus. Jadi, masa balik kampung pun bawa buku konon-konon nak *study* tapi harammm… Tak berusik juga buku tu.
Image via purpleholix.blogspot.my
5. Study week PTAR selalu black out
Waktu ni kelas semua dah tamat dan masanya untuk semua pelajar buat *revision* setiap subjek. Tetapi yang masalahnya di UiTM ni perpustakaan (PTAR) selalu saja *black out*. Yang peliknya selalu terjadi waktu *study week*. Bukan itu sahaja, kadang-kadang *air-cond* pun selalu mati. Jadi berpanaslah semuanya, tambah-tambah lagi PTAR memang selalu penuh waktu *study week*.
Image via education.uitm.edu.my
6. Paling nervous bila dapat email dari SALAM
**SALAM** adalah email keputusan peperiksaan akhir yang sering mengganggu emosi pelajar UiTM. Kehadiran **'SALAM'** kadang-kadang awal dan kadang-kadang lambat. Mana yang jenis yakin dapat dekan tu mesti asyik *refresh* email tak habis-habis. Mana yang risau tu, kalau boleh bukak *email* pun tak nak. SALAM juga selalu masuk email tak bagi salam. Manalah tak terkejut!
Image via iq.intel.com
7. Hantar salinan keputusan MUET berkali-kali
Mungkin tak semua melalui masalah ni. Tetapi inilah yang menyebabkan sesetengah pelajar tidak dapat menyimpan duit syiling. Pelajar UiTM diminta untuk menghantar salinan keputusan MUET ke ofis fakulti masing-masing, tetapi yang apa yang mengganggu emosi adalah maklumat tersebut tak pernah pun *update* dalam sistem. Jadi terpaksalah berkali-kali menghantarnya.
Image via smktsea.com
8. 'Tangga Kejayaan' UiTM Puncak Alam
Di **UiTM Puncak Alam** ada satu tangga panjanggggggg yang menghubungkan fakulti dan kolej kediaman. Bukan setakat panjang malah tangga ini juga cerun dan tinggi yang kadangkala menjadi faktor malas ke kelas sekiranya lambat bangun pagi. Ada yang cakap, siapa *study* sini pasti akan kurus naik turun tangga ini hari-hari. Tapi tak semua ya, ada lagi masih montel sampailah hari graduasi.
Image via reblaze.blogspot.com
9. Tak pernah kenal academic advisor
Sejak awal masuk UiTM, pelajar UiTM akan mendapat sorang *academic advisor* untuk setiap pelajar. Kononnya tujuan *academic advisor* ni macam tempat pelajar-pelajar meluahkan masalah berkaitan pelajaranlah. Tapi hakikatnya, percayalah tak sampai 1% pun yang pernah kenal *academic advisor* mereka. 4 tahun di UiTM sampai ke sudah tak pernah kenal. Tahu nama saja.
10. Kemahiran Insaniah
Kemahiran Insaniah atau nama singkatnya KI adalah program wajib yang berjalan pada hujung minggu. Jadi impian untuk berjimba dan pulang ke kampung seringkali musnah. Sesiapa tak pergi semester ini kena ganti semester depan. Jangan ingat boleh lari!
Image via Zaidi Aziz/Facebook
11. Bukit Tonggek
Di UiTM Shah Alam ada satu bukit yang dipanggil bukit tonggek. Sesiapa yang lalu di sini kena berhati-hati. Kalau sejenis badan yang berat, jangan sesekali lalu sini. Bahaya!
Image via hanifredland.blogspot.com
12. Konvo lambat daripada universiti lain
Bukan cuti semester saja lambat, tetapi majlis konvokesyen pun sedikit lambat daripada universiti lain. Hehe…
Image via konvokesyen.edu.uitm.my
13. Duit PTPTN tak luak
Jadi bila yuran dah sikit, duit PTPTN pun taklah luak banyak mana. Tetapi bergantung jugalah kalau anda seorang yang boros. Sekejap saja duit dah habis. Sebab tu, ramai cakap *student* UiTM ramai **'kaya-kaya'**.
Image via afterschool.my
14. Perkhidmatan bas percuma
Terdapat beberapa bas yang disediakan. Tetapi biasalah bila benda dah percuma pasti laku. Pengalaman berasak-asak sewaktu menaiki bas ini nanti boleh dijadikan bahan cerita buat anak-anak.
Image via ashraf88.blogspot.my
15. Kesatria Negara
Kesatria Negara adalah unit uniform yang wajib disertai oleh para pelajar semester pertama. Perjumpaan akan dibuat pada setiap hujung minggu. Para pembenci aktiviti kawad kaki pasti merasakan satu semester adalah derita buat mereka.
Image via jengkingjohor.blogspot.com
16. PERKAD
Setelah menyertai Kesatria Negara, pelajar UiTM pula akan menyertai **PERKAD** iaitu pertandingan kawad kaki antara *company* fakulti masing-masing. Waktu ni mesti ramai melarikan diri sebab tak nak *join*.
Image via SharkSquad5/Youtube
17. Berebut daftar subjek
Apabila sistem dibuka saja, semua pelajar akan berebut-rebut daftar subjek sebab takut akan dimasukkan ke kelas lain jika kuota sudah penuh. *So*, bila ramai-ramai *log in* sistem, sistem pun *down*. Bila sistem *down* anda pun *down*. Tahu-tahu saja anda dah tak boleh daftar sebab dah penuh.
Image via www.contractwijer.nl
18. No SuFO No Result
Ia adalah sistem *online* yang mana para pelajar perlu menjawab beberapa soalan berkaitan pensyarah masing-masing. Sistem ini ada tempoh masa yang tertentu. Jika terlepas, pelajar tidak akan dapat mengetahui keputusan *final exam* mereka. Bahayanya SuFO *(Student Feedback Online)* ini sebab kadangkala terpaksa temberang dalam memberi penilaian kepada pensyarah. Biasalah tu kan?
Image via mastertesl.blogspot.my
19. Saman parking, saman sticker, saman…
Sebagai pelajar UiTM, paling tidak mesti sekali anda pernah disaman **Polis Bantuan**. Paling biasa saman yang dikenakan ialah saman *parking*. Kereta akan di-*clamped* kerana *parking* di tempat yang tak dibenarkan. Nak buat macam mana, UiTM parking memang tak pernah tak penuh.
20. Video third language
Rasanya setiap universiti ada ambil subjek ini. Cuma yang berbezanya untuk pelajar UiTM, mereka perlu menghasilkan satu video pendek. Jadi, bila dah sampai saja hujung semester anda akan nampak ramai pelajar UiTM sedang memegang DSLR paling tidak pun *smartphone* untuk menghasilkan 'filem' terbaik mereka.
Image via AArif Azmi/YouTube
21. #UiTMDihatiku
Inilah lagu yang sering mengusik jiwa pelajar UiTM setiap kali berada di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) ketika majlis konvokesyen. Cara menyanyikannya cukup mudah. Angkat tangan kanan dan sematkan di dada serta menyanyilah dengan penuh penghayatan. **#UiTMDihatiku**
22. Ayahanda Sahol
Dan tentunya semua alumni UiTM mengenali ayahanda kita. Jumpa lagi ayahanda!

