9 Restoran Halal Wajib-Cuba Di Tokyo. Ramen, Tempura, Semuanya Ada!

Nikmati pelbagai hidangan tradisional menarik, daripada shabu shabu daging Wagyu ke beef udon.

  • Dengan bilangan pelancong Muslim ke bandar Tokyo yang kian meningkat sejak kebelakangan ini, mencari tempat-tempat makan bersijil halal di Tokyo kini jauh lebih mudah

  • Ingin nikmati masakan Jepun seperti sushi, udon dan ramen? Berikut adalah antara restoran halal di Tokyo yang boleh anda cuba:

  • 1. Gyumon @ Shibuya

    • Restoran yakiniku halal ini menyediakan pelbagai pilihan daging segar bakar dan antara tempat makan paling popular di kalangan para pelancong beragama Islam. Set menu rice bowl turut disediakan, bermula daripada harga serendah ¥1,000.

      Alamat: 3-14-5 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo

      Stesen Terdekat: Shibuya Station (ambil South Exit)

      Waktu Operasi: 12 tengah hari - 12 tengah malam (setiap hari)

      Maklumat lanjut: Facebook | Instagram

  • 2. Hanasakaji-san @ Shibuya

    • Restoran terkenal di Shibuya ini merupakan antara lokasi di mana anda boleh nikmati shabu shabu menggunakan daging Wagyu dijamin halal di Tokyo. Selain itu, anda boleh nikmati bermacam-macam lagi hidangan tradisional Jepun seperti sushi dan tempura.

      Alamat: 3-22 Sakura Building B1, Sakuragaoka, Shibuya, Tokyo

      Stesen Terdekat: Shibuya Station (ambil South Exit)

      Waktu Operasi:
      11.30 pagi - 3 petang, 5 petang - 12 tengah malam (Isnin - Sabtu)
      11.30 pagi - 4 petang, 5 petang - 11 malam (Ahad)

      Maklumat lanjut di: Facebook

  • 3. Halal Ramen Ouka @ Shinjuku

    • Jangan terlepas mencuba ramen halal ini bila di Tokyo! Dengan ramen yang segar dan kenyal, dihidangkan pula dengan pilihan ayam atau daging, restoran kecil tetapi popular ini wajib dimuatkan ke dalam senarai makan anda.

      Alamat: 1-11-7 Shinjuku, Shinjuku, Tokyo

      Stesen Terdekat: Shinjuku-gyoemmae Station

      Waktu Operasi:
      2 petang - 10 malam (Isnin - Khamis)
      5 petang - 10 malam (Jumaat)
      12.30 tengah hari - 10 malam (Sabtu & Ahad)

      Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 4. Halal Tendon Itsuki @ Ginza

    • Restoran yang memberikan tumpuan kepada hidangan tendon ini khas untuk anda yang sukakan set nasi tempura. Pilihan tempura di sini termasuklah udang, ayam, labu, dan terung. Sos tempura di sini juga dimasak menggunakan ramuan halal dan para pengunjung dapat menikmati hidangan di sini tanpa was-was.

      Alamat: Ginza-INZ 2F, 3-1, Ginza, Chuo, Tokyo

      Stesen Terdekat: Yurakucho Station

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 3 petang, 5 petang - 11.15 malam (Isnin - Jumaat)
      11 pagi - 11.15 malam (Sabtu & Ahad)

      Maklumat lanjut di: Facebook

  • 5. Sekai Cafe @ Asakusa

    • Mengamalkan konsep makanan-untuk-semua, menu di Sekai Cafe merangkumi pelbagai jenis sajian khusus termasuklah makanan halal dan juga diet khusus seperti vegan. Jangan lupa untuk cuba Lamb Steak lembut penuh berperisa di sini, dan juga pelbagai jenis pencuci mulut menarik!

      Alamat: 1 Chome-18-8 Asakusa, Taito, Tokyo

      Stesen Terdekat: Asakusa Station

      Waktu Operasi:
      10.30 pagi - 8 malam (Ahad - Khamis)
      10.30 pagi - 10 malam (Jumaat - Sabtu)

      Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram


  • 6. Sumiyakiya @ Nishi Azabu

    • Untuk anda yang inginkan sajian halal di kawasan Nishi Azabu yang serba moden ini, kunjungi restoran Sumiyakiya yang terletak lebih kurang 8 minit daripada stesen Roponggi. Selain daging bakar, anda boleh juga nikmati hidangan istimewa di sini iaitu Briyani Bamboo.

      Alamat: 3-20-16, Nishiazabu Annex 1F, Nishi-Azabu, Minato, Tokyo

      Stesen Terdekat: Roponggi Station (ambil Exit 1A)

      Waktu Operasi:

      11.30 pagi - 2.30 petang, 6 petang - 11.30 malam (Isnin - Sabtu)

      Tutup setiap hari Ahad

      Maklumat lanjut: Facebook | Instagram



  • 7. Yoshiya @ Shinjuku

    • Nikmati masakan Jepun asli di restoran Yoshiya ini, disajikan menggunakan ramuan halal untuk kemudahan pengunjung Muslim. Antara hidangan wajib-cuba di sini termasuk Chicken Katsu Curry, Chicken Karaage, dan juga Mixed Tempura.

      Alamat: B1 Floor, Shinjuku Metro Shokudo,1-2-1,Nishishinjuku, Shinjuku, Tokyo

      Stesen Terdekat: Shinjuku Station (ambil West Exit)

      Waktu Operasi: 11 pagi - 10.30 malam (setiap hari)

  • 8. Kineya Mugimaru @ Terminal 1, Narita Airport

    • Ingin cuba udon yang halal dan sedap di Tokyo? Di restoran layan diri ini, anda boleh memilih saiz dan topping yang dikehendaki. Pilih hidangan sampingan seperti tempura atau onigiri jika mahu, dan kemudian teruskan ke kaunter sup untuk lengkapkan hidangan anda dengan kuah udon panas.

      Alamat:
      Level 5F, Sky Food Court, Narita Airport Terminal 1, Chiba

      Waktu Operasi: 7.30 pagi - 9 malam (setiap hari)

  • 9. Asakusa Sushi Ken @ Asakusa

    • Trip ke Tokyo pastinya tidak lengkap tanpa mencuba sushi segar di sini! Restoran Asakusa Sushi-Ken ini menyahut cabaran untuk mengekalkan rasa asli sushi dengan menggunakan ramuan halal sahaja (termasuk sos untuk mencicah). Kesemua sushi diminati ramai seperti Ebi Nigiri, Ebiko, dan Tamago boleh didapati di sini.

      Alamat: 2-11-4 Asakusa, Taito, Tokyo

      Stesen Terdekat: Asakusa Station

      Waktu Operasi:
      12 tengah hari - 2 petang, 5 petang - 12 tengah malam (Isnin - Sabtu)
      11.30 pagi - 3 petang, 5 petang - 10 malam (Ahad)

      Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • Ada recommendation anda sendiri untuk restoran halal wajib-cuba di Tokyo? Kongsi dengan kami di ruangan komen!

  • Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

  • Untuk tempat-tempat makan best di sekitar Malaysia pula:

Most-read stories today

Leave a comment