seismik

Menu Terbaru Tony Roma's 'Perfect' Untuk Anda Yang Sukakan Lamb Steak

Nak dijadikan kombo bersama Bountiful Beef Ribs atau 1/4 BBQ Chicken pun boleh!

Cover image via SAYS

Sukakan hidangan lamb? Menu terbaru ini khas untuk anda!

Image via Reddit

Sempena musim perayaan ini, Tony Roma's telah melancarkan menu istimewa yang memberikan tumpuan khas kepada Lamb Steak dihidangkan pelbagai cara!

Anda boleh pilih untuk menikmati Lamb Steak anda bersama Bountiful Beef Ribs, 1/4 BBQ Chicken, atau begitu sahaja

Image via SAYS

Kami diberitahu stik di Tony Roma's melalui proses aging selama 28 hari untuk memberikan rasa dan tekstur terbaik. Patutlah Lamb Steak yang kami cuba ini begitu juicy dan lembut! Sos demi-glace dan caramelised onions pula menyedapkan lagi hidangan ini.

Image via SAYS

Untuk yang selalu order hidangan popular Bountiful Beef Ribs setiap kali di Tony Roma's, jangan risau! Anda boleh menikmatinya bersama Lamb Steak menerusi menu #JomTonyRomas ini.

Image via SAYS

Lebih gemarkan ayam? Pilihan Lamb Steak & 1/4 BBQ Chicken memang perfect untuk anda!

Setiap hidangan Lamb Steak di sini dilengkapkan lagi dengan pilihan dua side dish. Pilih daripada sembilan hidangan termasuklah Loaded Mashed Potatoes, Corn on the Cob, Broccoli dan French Fries!

Image via SAYS

Pilihan kegemaran kami: Baked Potato bersama Fire-Roasted Vegetables!

Untuk minuman pula, anda boleh mencuba dua rekaan baru iaitu Red Lantern dan Golden Happiness

Mengambil Tahun Baru Cina sebagai inspirasi, Red Lantern menggunakan soda yang digabungkan dengan perisa passion fruit dan Deep Red Grenadine manakala Golden Happiness pula menggabungkan teh sejuk bersama Pink Grapefruit dan Lemon Rantcho untuk mendapatkan rasa yang menyegarkan.

There's always room for desserts! Kami sukakan Desserts Trio yang dihidangkan mengikut konsep sampler platter, di mana anda boleh mencuba tiga jenis pencuci mulut pada masa yang sama. ;)

Image via SAYS

Strawberry Cheesecake yang diminati ramai ini merupakan gabungan kek keju New York-style bersama sos strawberi segar.

Image via SAYS

Chocolate Chunk Cookie Sandwich ini pula kegemaran kami! Ais krim vanilla berkrim dihidangkan bersama chocolate chunk cookies dan dilengkapkan lagi dengan karamel, sos coklat, dan krim putar.

Image via SAYS

Peminat coklat pula jangan terlepas untuk mencuba Raspberry Brownie Royale ini!

Jangan terkejut, Yee Sang pun turut disediakan di Tony Roma's! Hidangan tradisional ini diberikan sentuhan tersendiri dengan pilihan Grilled Salmon atau Fresh Emerald Fish.

Image via SAYS
Image via SAYS

Menu Ong Lai Salad yang memuatkan kedua-dua pilihan Yee Sang ini boleh dinikmati di semua cawangan Tony Roma's bermula sekarang hingga 24 Februari 2018.

Untuk info lanjut mengenai menu #JomTonyRomas, klik sini!

Teruskan sesi jalan-jalan cari makan anda di sini:

You may be interested in: