seismik

Menu 'Fusion' Malaysia-Palestin Di Kafe Ini Akan Buat Anda Lupakan Hasrat Untuk Diet

Daripada Nasi Maqlubah ke Kunafa, semuanya sedap!

Cover image via SAYS

Curious untuk tahu bagaimana rasanya masakan Palestin?

Image via onedio

Begitu juga kami apabila menerima jemputan untuk mencuba menu fusion menarik di Spiced Pumpkin Cafe!

Bertempat di Seksyen 3 Shah Alam, Spiced Pumpkin Cafe mendapat inspirasi untuk menyajikan masakan Palestin daripada arwah suami salah seorang pemilik kafe ini

Kafe ini diasaskan oleh dua kawan baik Mas dan Nur, dan masakan Arab yang dihidangkan di sini diilhamkan oleh resipi arwah suami Nur yang berasal dari Palestin dan memang gemar memasak.

Citarasa tempatan tidak dilupakan di kafe ini. Spiced Pumpkin turut menghidangkan masakan Melayu dengan sentuhan unik yang betul-betul menggamit selera.

Anda mungkin akan perasan hidangan berinspirasikan masakan Amerika Selatan turut dimuatkan di dalam menu kafe ini, terutamanya dengan hidangan seperti nachos dan juga sos tres leches yang merupakan signature di kafe ini.

Berikut adalah antara hidangan wajib-cuba di Spiced Pumpkin Cafe:

Nasi Maqlubah

Image via SAYS

Nasi Arab yang menyerupai kek ini merupakan signature dish di sini, dan sesuai dikongsi sekeluarga atau bersama kawan-kawan.

Image via SAYS

Pilih daripada Nasi Maqlubah Ayam atau Kambing tetapi yang pastinya, kedua-duanya memang sedap, dengan nasinya yang dihidangkan dengan ayam dan kambing yang moist dan juicy, dan dilengkapkan lagi dengan taburan kekacang dan kismis.

Image via SAYS

Nasi Maqlubah ini mengambil masa lebih kurang 30-45 minit untuk dihidangkan jadi untuk anda yang tidak mahu menunggu, bolehlah membuat advanced booking sebelum menuju ke kafe ini.

Lontong Kering Dendeng Paru

Image via SAYS

Hidangan ala Johor ini menggabungkan lontong goreng dengan dendeng paru dan diserikan lagi dengan serunding dan lobak merah segar. Cicah dengan sedikit sambal untuk lebih kick!

Tres Quesos Pita Nachos with Jalapenos and Beef Bacon

Image via SAYS

Menggunakan roti pita yang digoreng hingga rangup, nachos ini dibanjiri dengan tiga jenis keju dan ditabur dengan beef bacon dan jalapenos. Lain macam sedapnya!

Pilihan desserts di kafe ini ternyata lain dari yang lain. Kalau hidangan savoury di sini merupakan gabungan selera Palestin, Malaysia, dan Amerika Selatan, kuih-muihnya pun turut begitu!

Image via SAYS

Inilah antara desserts paling menarik di kafe ini:

Kunafa

Image via SAYS

Manisan tradisional Palestin ini menggunakan pastry parut rangup yang diisi adunan keju dan krim, dan dilengkapkan dengan sirap orange blossom dan taburan kacang pistachio ditumbuk halus. Gabungan perisa dan tekstur yang menarik menjadikannya kuih kegemaran kami di sini!

Secara tradisionalnya, Kunafa akan direndam di dalam air gula semalaman. Namun, cara ini menjadikannya terlalu manis, dan kafe ini mengambil keputusan untuk tidak merendamkan kuih ini agar tahap kemanisannya lebih sesuai dengan selera orang Malaysia.

Kuih Lopes Tres Leches

Image via SAYS

Inilah kali pertama kami mencuba kuih lopes seperti ini! Kuih pulut yang biasanya dimakan dengan gula melaka ini diberikan nafas baru dengan gabungan sos tres leches, ais krim vanilla, gula apong Sarawak, dan taburan coconut flakes. Memang rugi kalau tak cuba!

Tres Leches Cake

Image via SAYS

Kek span Mexican-style ini dihidangkan di dalam sos tres leches dan rendaman ini menjadikan rasa kek ini seakan-akan puding roti. Sos tres leches dibuat menggunakan tiga jenis susu, dan rasanya yang manis berlemak memang sesuai digandingkan dengan kek span dihiasi buah-buahan ini.

Kafe ini juga mengambil tempahan katering untuk pelbagai jenis majlis seperti aqiqah, pertunangan, acara korporat dan sebagainya

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Spiced Pumpkin Cafe di sini:

Alamat: No 2.0, Kompleks KPPMS Lot 291, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 Shah Alam, Selangor

Status: Halal

Waktu Operasi:
- 10.30 pagi - 10.30 malam (Isnin - Jumaat)
- 11 pagi - 11 malam (Sabtu)
Tutup setiap Ahad

No. Telefon: +6019 272 8317

Laman Sosial: Facebook | Instagram

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram sekarang!

Dah cuba tempat-tempat makan ni?

You may be interested in: