seismik

Perasan Tak, Setiap Pemenang Pingat Sukan SEA Diberi Sebatang Anak Pokok. Ini Sebabnya

Menarik!

Cover image via SAYS

Temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017) menyaksikan Malaysia berjaya mengungguli senarai pungutan pingat yang tertinggi setakat ini dengan 65 pingat emas

Image via @KL20017

Sekiranya anda menyaksikan acara penyampaian hadiah kepada atlet-atlet ini, pasti anda akan perasan satu perkara yang menarik. Jika sebelum ini atlet dikalungkan dengan pingat serta patung maskot atau jambangan bunga sebagai cenderamata, lain pula yang berlaku di KL2017.

Kesemua atlet yang berjaya memenangi pingat akan dianugerahkan pingat beserta sebuah bakul berisi anak pokok. Itu adalah suatu perkara yang lain dari yang biasa bukan?

Tapi, tahukah anda makna disebalik anak pokok itu?

Program "Satu Pingat, Satu Pokok" merupakan antara salah satu usaha yang terkandung dalam Inisiatif Hijau bagi KL2017

“Seperti yang saya selalu katakan, Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN bukan semata-mata landasan memburu pingat. Ia juga adalah satu platform untuk perlaksanaan program legasi yang mampu meninggalkan impak positif kepada generasi muda. Inisiatif Hijau, contohnya, telah dilaksanakan untuk menghebah, mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni mengenai alam sekitar”. - YB Khairy Jamaluddin.

Program ini bakal membabitkan penanaman sebanyak 5,249 anak pokok berdasarkan jumlah medal emas, perak dan juga gangsa yang dipertandingkan sepanjang temasya KL2017. Inisiatif ini tidak lain bertujuan untuk mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang temasya ini berlangsung serta untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Program yang dilaksanakan dalam empat fasa bermula daripada Ogos 2017 sehingga Mac 2018 ini sudahpun melalui fasanya yang pertama iaitu semasa majlis pelancaran yang telah diadakan pada bulan Jun yang lalu. Fasa kedua pula masih dijalankan iaitu pemberian anak-anak pokok kepada para atlet pada upacara penyampaian hadiah bagi setiap acara sukan di temasya KL2017.

Fasa ketiga adalah acara menanam pokok bagi setiap pingat emas yang dimenangi oleh atlet Malaysia yang akan diadakan selepas tamatnya temasya KL2017 di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City). Manakala fasa keempat yang telah dirancang adalah untuk penamanan anak pokok di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula Oktober 2017 sehingga Mac 2018.

Image via @KL2017

Anak-anak pokok ini bakal ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang dibina bagi menghubungkan empat kompleks hutan utama yang terpisah di Semenanjung

Jejambat yang dibina ini membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat dan merupakan koridor ekologi penting yang menyaksikan pergerakan lintasan yang tinggi bagi haiwan liar seperti gajah dan harimau.

Image via Babap.net

Tiga jenis anak pokok yang terpilih ialah:

1. Syzygium polyanthum (Pokok Salam)
2. Garcinia hombroniana (Pokok Bruas)
3. Syzygium malaccense (Pokok Jambu bol)

Antara inisiatif menarik dan unik sepanjang KL2017:

Image via @KL2017
1. Pengurangan penggunaan elektrik sepanjang temasya itu berlangsung.

2. Basikal percuma (sebuah perkhidmatan kongsi basikal) yang disediakan di beberapa stesen LRT atau MRT yang terpilih

3. Sisa makanan yang dibuang akan diproses untuk dijadikan baja kompos.

4. Penggunaan pembungkus makanan dan minuman yang mesra alam.

5. Kerjasama dengan hotel untuk menggunakan minyak masak yang sudah digunakan untuk dikitar semula menjadi sabun dan lilin.

Sumber dari: mStar

Jangan lupa untuk teruskan sokongan anda terhadap Malaysia dalam #KL2017!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cerita menarik sepanjang KL2017:

You may be interested in: