Tak Boleh Gelak Melampau Dan 7 Lagi Garis Panduan Baru JAKIM Ke Atas Konsert
Turut disenaraikan adalah garis panduan konsert meliputi lagu, klip video, lirik dan persembahan.
Cover image via youtube.comJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan garis panduan baru hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan
Image via joshuaongys.com
Peraturan ketat akan dikenakan ke atas personaliti artis dari segi pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka. Berikut adalah antara 8 perkara yang digariskan JAKIM:
1. Artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil
Image via pixgood.com
2. Mereka mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton
Image via youtube.com
3. Pakaian, tatarias dan dandanan rambut artis tidak boleh menyerupai jantina berlainan, dan tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan
Image via illustrasiaku.com
4. Lawak jenaka yang disampaikan hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau
Image via youtube.com
5. Semua persembahan tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung
Image via www.mixtapes.tv
6. Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata
Image via youtube.com
7. Muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam
Image via youtube.com
8. Tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah
Image via www.lifeinkl.com
Garis panduan itu dikeluarkan jabatan itu awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web JAKIM
Anda boleh dapatkan garis panduan penuh di laman [www.e-fatwa.gov.my](http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/garis-panduan-hiburan-dalam-islam).
Image via www.e-fatwa.gov.my
Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Asia, Iqbal Ameer berkata pengasingan penonton lelaki dan perempuan akan merosakkan pengalaman keseluruhan penonton yang menghadiri konsert
Image via astroawani.com
