seismik

Tak Salahkan Haziq Jaring Gol Sendiri, Tragedi 2001 Berulang Kembali

"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain." - Ong Kim Swee

Cover image via BH Online

Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand dengan mata 1-0 menentang pasukan Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi

Penyokong tegar bola sepak tanah air berasa sangat kecewa apabila penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan dan pingat emas.

Namun, menurut jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, beliau enggan menyalahkan Haziq kerana kesilapan penjaga gol berusia 20 tahun itu yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39, boleh terjadi kepada mana-mana pemain.

Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee (tengah) menenangkan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli yang kecewa selepas tewas 1-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Hairul Anuar Rahim.

Image via BH Online

"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

bharian.com.my

“Saya tahu bukan mudah untuk dia (Muhammad Haziq) menerimanya. Saya tidak menyalahkan dia dan berharap dia dapat melupakan perkara itu," sambungnya lagi.

Ini menjadikan episod sama yang berlaku pada tahun 2001 berulang kembali di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Thailand di padang yang sama

Kamarulzaman dan Muhammad Haziq melakukan kesilapan serupa iaitu gagal menjinakkan hantaran dari sebelah kiri gawang. Bezanya Kamarulzaman menepis umpanan lintang Sarawut Treephan ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir perlawanan manakala Muhammad Haziq menumbuk sepakan sudut Sasalak Haiprakhon pada minit ke-38.

utusan.com.my

Bekas pengendali kebangsaan itu berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pemain sepanjang kejohanan ini, namun tetap melahirkan rasa kecewa kerana gagal memenangi emas yang ditunggu-tunggu untuk melengkapkan status juara keseluruhan temasya Kuala Lumpur 2017.

"Kita beri saingan hebat kepada Thailand, tapi kita beri gol kepada mereka tidak kena pada masanya. Kita cuba bangkit tapi tetap gagal mencari gol.

"Saya tak gembira kerana tak memenangi pingat emas tapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain dengan masa terhad yang kita lalui sebelum ini," kata Kim Swee.

Kekalahan pasukan Harimau Malaya malam tadi diraikan dengan hujan seakan menandakan malam suram buat penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Shah Alam tanpa sorakan Ultras Malaya, susulan memboikot isu penjualan tiket sebelum perlawanan

Sementara itu Malaysia meraih 29 pingat emas lagi hari ini untuk menjadikan jumlah kutipan keseluruhan 140 dengan acara silat menjadi penyumbang terbesar setelah memenangi tujuh pingat.

Kami mengucapkan tahniah buat semua atlet-atlet Malaysia yang bertanding. Anda semua amat membanggakan rakyat Malaysia! #BangkitBersama!

Saksikan full highlight perlawanan malam tadi di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: