Teman Minum & Berhibur, GRO Warga Vietnam Peroleh Tip Lumayan Sehingga RM20,000 Sehari
“Pekerja GRO ini juga didapati memegang pasport sendiri dan bebas bergerak dan memilih pelanggan tanpa sebarang sekatan." - Pegawai Operasi STAGG Bukit Aman Superintendan Mohd Shukri Abdullah.
Dengan hanya menemani pelanggan minum dan berhibur, sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam mampu peroleh tip lumayan sehingga RM20,000 sehari
Kumpulan gadis seksi warga Vietnam itu menjadi kegilaan pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi. Mereka dikatakan bergerak dari meja ke meja pelanggan selain turut menawarkan hubungan seks dengan kadar bayaran tertentu.
Ketika serbuan dilakukan polis Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman di sebuah premis malam kelmarin, kumpulan GRO ini terbukti diberikan tip sekiranya pandai melayan pelanggan apabila hasil penemuan buku catatan tertera tulisan ‘tip GRO’.
Menurut, Pegawai Operasi STAGG Bukit Aman Superintendan Mohd Shukri Abdullah, hasil risikan dan intipan mendapati pusat hiburan itu telah beroperasi sejak dua tahun lalu
Siasatan awal mendapati premis berkenaan menggaji wanita warga asing sebagai GRO untuk melayan pelanggan termasuk boleh dilanggan untuk melakukan hubungan seks.
“Kami menahan 31 wanita warga Vietnam disyaki GRO kerana melanggar peraturan imigresen Seksyen 39(b), 55 (1) (d), 6 (1) (c) IMG (kosong), 15(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Sek 12(f) Akta Passport.
“Dalam serbuan ini kami juga menahan tiga pekerja premis dan seorang pemiliknya yang masing-masing warga tempatan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya lagi, pemeriksaan rapi pihaknya menemui wang tunai RM16,950, dua buku catatan ‘tips GRO’ dan satu buku jualan harian yang kemudian dirampas
Tambahnya premis tersebut mempunyai lesen hiburan sah sehingga 29 Julai. Siasatan mendapati premis itu juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
“Pekerja GRO ini juga didapati memegang pasport sendiri dan bebas bergerak dan memilih pelanggan tanpa sebarang sekatan,” katanya.
hmetro.com.my