seismik

5 Tips Ini Bantu Saya Tingkatkan Bahasa Inggeris Sampai Jadi 'International Presenter'

Nak 'power' English? Baca ni.

Cover image via Firdaus Pay//Facebook

Sejak dari dahulu lagi kita sering mendengar bahawa kemahiran berbahasa Inggeris adalah sangat penting buat semua orang. Ini kerana ia merupakan bahasa pengantara setiap bangsa di dunia ini.

Tetapi kemahiran untuk berbahasa Inggeris bukanlah dapat dimiliki dalam jangka masa yang singkat. Ia memerlukan praktis yang kerap dan berterusan. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mahir berbahasa Inggeris ini?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Pay telah berkongsi tips bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut. Kami yakin tips beliau ini sangat berguna untuk anda di luar sana.

1. Layan English movie

Gua ni memang Kaki Movie, sumer Movie "Best", gua akan layan "premier showing" maksud tengok masa hari pertama show.

Masa layan "movie box office" tu, masa tu la gua akan "try to improve my english!".
Bayangkan masa tengok movie, sambil tengok "subtitile" dan sambil tengok "dictionary" kat "handphone" Nokia kesayangan gua (beli guna duit bonus pertama keje maybank masa tahun 2010 tu, sampai skrg ok lagi!)

facebook.com
Image via giphy.com

2. Layan top hits English songs

If I let you go, I will never know, what my life would be... Westlife tu! Tu bukan point dia, "my point is that" kita cari la maksud lirik lagu kegemaran kita tu, bukan susah pun. Kita suka dengar & nyanyi lagu "favourite" kita, kena la tau maksud lirik lagu tu. Baru la boleh tangkap "feeling" lebih-lebih cikit! Ni tak, nyanyi macam nak rak, tapi sedih tak tau pun maksud dia. Sama la macam korang layan lagu Jpop & Kpop tu, korang tau ke maksud dia? Lu pikir la sendiri!

facebook.com
Image via giphy.com

3. Cari bombastic English words

Camaraderie - maksudnya "comrades", "companionship", "friendship" atau kengkawan.
Cheerio - maksudnya "good bye" atau selamat tinggal.

Gigantic - maksudnya "huge", "big impact atau besar dan besar sangat!
"See" korang mesti "impress" dengan "vocabulary" gua kan?! Hahaha (Ini semua poyo!).

Tu bukan "main point" gua, "my primary point is that", "try to improve and learn as many bombastic word as you can!". Orang akan nampak "English" kita "power"! Padahal kita tau cikit-cikit jer "Terms" yang "power" tu kan. Tak kesah la apa orang nak cakap kat kita, yang penting kita "improve our English and that will make us more confident to deal and speak with foreigner".

facebook.com
Image via gadgetan.com

4. Speak in English dengan salesperson butik mewah

Gua dulu "persued my higher tertiery education at UiTM Kelantan for my Diploma & 1st Degree in Accountancy" (budak kelate jer pun). Kalau gua boleh "improve my English" sampai boleh amik "IELTS - International English Language Test System" dan jadi "International presenter" kat University of Oxford, United Kingdom "last year (2015)".

Gua rasa korang pun boleh kan? Gua dulu SPM dapat B jer "for English subject" ni. Siapa sangka sekarang dah jadi "international presenter for 3 consecutive years" okey, "represented UiTM after I completed my Master in Forensic Accounting & Financial Criminology (graduated 2013).

Apa gua buat untuk "improve my English"?

1. Gua masuk butik "Brand" mewah, gua "speaking English" la dengan "salesperson" yang kerek tu, kalau kita tak "speaking English" dengan diorang, korang rasa dia nak layan kita tak? Butik "Loius Vuitton" kot! Nak masuk pun kaki menggeletar, duit bukan ada pun! "Action and potray" jer lebih.

facebook.com

5. Buat kerja part-time di tempat anda boleh berbahasa Inggeris

2. Buat part-time kat Extreme Park, Sunway Lagoon. Gua dulu buat part-time setahun gak la kat Extreme Park, Sunway Lagoon tu, sebelum gua sambung master gua tahun 2010. Apa yang buat gua "impress" giler adalah, MAMAT BANGLA pun "speaking English" kencang okey.

Mana tak nya, "customer Sunway Lagoon" semua Mat Salleh & Pak Arab yang langsung tak reti cakap Bahasa Melayu langsung, takkan nak guna bahasa isyarat kot! Buat malu jer. "So, by hook or by crook, you need improve your English at least at the level that foreigner can understand you even with your broken English!". "Moral of the story", buat kerja part-time, duit poket tambahan dapat, "you can also improve your English!, you got what I mean?!

Hope that you guys benefited from my simple writing.
Ok, see you soon. Cheerio!

Best regards,
Firdaus Pay

facebook.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tips lain yang anda boleh guna:

You may be interested in: