Aku Ada 5 Tips Macam Mana Nak 'Power' Tulis Bahasa Inggeris
Sebenarnya, tak susah mana pun.
Aku tulis ini bukan sebab nak berlagak, menyindir atau being sarcastic dengan siapa-siapa.
Aku tulis ini sebab Jobstreet pernah buat satu survei: Masalah nombor dua terbesar majikan tak boleh nak hire graduan baru sebab Bahasa Inggeris diorang tak power. Statistik ni bukan 10 peratus atau 20 peratus majikan elitis Barat saja yang kata. 64 percent companies yang diorang survei tu yang kata.
Benda ni serius sampai dah masuk dalam Pelan Kebolehpasaran Graduan 2012-2017 (National Graduate Employability Blueprint 2012-2017) yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Senang kata, kerajaan pun dah cuak.
Tips yang aku nak share ni bukan untuk penulis yang nak jadi 'New York Times Bestselling Author'. Tapi untuk orang biasa yang buat benda praktikal tiap-tiap hari. Benda simple tapi penting; macam tulis surat formal, email kepada bos, dan tulis laporan kerja.
Aku tak masukkan tips long term macam banyak baca buku Bahasa Inggeris dan banyak dengar BFM. Strategi-strategi ini bagus, tapi memerlukan masa. Lain kali aku cerita. Tapi tips yang aku nak kongsi sekarang, kalau esok start pakai -- esok dah boleh nampak result.
Kalau hangpa bukan expert tapi nak improve skill tulisan Bahasa Inggeris hangpa, mai abang tolong tunjukkan.
1. Tulis Ayat Yang Pendek
Dulu ada seorang engineer lapor kat aku yang suka tulis ayat panjang lebar. Bila dia email aku, selalu aku frust.
Masalah ayat-ayat panjang ni satu saja: kalau kau bukan expert, sure ada kesilapan tatabahasa punya. Dan bos kau sure tak suka nampak kesilapan.
Lebih baik kau pecahkan ayat kau jadi ayat mudah. Senang nak tulis, senang nak baca, dan minimize kesilapan. Ingat, kita bukan tengah tulis novel. Objektif engkau untuk sampaikan mesej dengan cekap, bukan bawa pembaca melayar dunia fantasi.
Macam resume mintak kerja engkau pun -- letak benda paling penting saja. Majikan tak kisah kalau kau pernah jadi naib bendahari Kelab Matematik sekolah menengah xxx. Paling maksimum resume kau dua muka surat. Lagi baik, satu muka surat sahaja.
Orang zaman sekarang dah busy -- takdak time nak baca banyak-banyak.
2. Susun Tulisan Dengan Spacing, Biar Senang Nak Baca
Contoh susunan yang tidak bagus, kalau saya menulis perenggan yang sebegini:
tidak mempunyai spacing selesa dan ayat-ayat ditulis panjang lebar dengan banyak ungkapan, frasa dan simpulan bahasa yang tidak disusun mengikut struktur bagai sekolah yang baru dilanda puting beliung.
Perkataan yang saya gunakan pun teramat formal, langsung tidak menyerupai gaya percakapan orang biasa dan tidak menggunakan tanda baca seperti koma dan koma bertitik secara efektif, justeru menyebabkan golongan pembaca terpaksa membaca berulang kali untuk cuba memahami hujah yang telah cuba saya sampaikan.
Hilang mood nak baca kan?
Kalau nak tengok contoh orang yang pandai susun tulisan, tengok status yang viral kat Facebook.
The best is: keep your writing short and effective. Lagi ringkas, lagi bagus.
Tapi kalau terpaksa tulis benda panjang dan detail, susun perenggan dan ayat dengan cukup spacing -- so senang bagi orang nak baca.
3. Jangan Cuba Impress Orang Dengan Ayat Atau Perkataan Bombastic
Tak payah guna perkataan hebat yang kau rasa orang akan impressed. Tak payah masuk kata-kata ekstra yang selalu sangat orang guna macam basically, actually, dan obviously.
Sebab actually, takdak orang impressed pun.
Ayat berbunga-bunga ni (yang tak praktikal) akan buat tulisan kau bersemak, dan orang malas nak baca.
Bos kau akan lagi impressed kalau kau boleh sampaikan mesej berbentuk kompleks dengan bahasa yang cukup ringkas dan padat.
4. Mintak Kawan Tolong
Setiap orang yang menulis ada blind spot yang mereka tak nampak.
Sebab benda tu dia yang tulis, dia jarang akan dapat jumpa 100% kesilapan yang dia buat. Time ni lah kau kena mintak tolong dari rakan sekerja kau yang power. Don't worry -- kalau kau betul mintak dengan ikhlas dan humble, mesti kawan kau akan tolong punya.
Mesti dia rasa best sebab kau dah bagi dia compliment -- yang English dia hebat. Kalau dia buat pembetulan mana-mana, cuba tanya dia kenapa salah, dan macam mana nak improve.
Kalau takdak kawan kau yang power Bahasa Inggeris nak tolong check, Microsoft Word dengan Google tu pun kawan juga kan?
(Sebab dah lama aku tak tulis dalam Bahasa Melayu, Google jugak yang tolong aku masa tulis artikel ni.)
5. Tulis Draf Dulu, Lepas Tu Check dan Perbaiki
Dulu time aku first tulis online, aku ingatkan penulis yang power -- dia tulis satu kali -- dah terus perfect.
Tapi lepas aku study betul-betul, baru aku tahu -- penulis ni dia akan tulis dan edit banyak kali. Draf pertama dia tak sebagus mana pun. The only difference is, dia edit, revise, dan adjust sampai ayat-ayat dia jadi as perfect as possible.
Nak hasilkan tulisan yang bagus bukan senang. Kena really put in effort. Email kepada bos kau pun kena put in effort. Kalau tak indah pun, at least efektif dan takdak mistake.
Kalau penulis-penulis buku bestseller pun edit tulisan diorang berulang kali, apatah lagi rakyat marhaen macam kau dan aku?
Masalah utama hangpa bukan hangpa takdak keupayaan nak tulis Bahasa Inggeris. Masalah utama hangpa sebab hangpa malas.
Last tip aku nak bagi, toksah layan orang yang kata tak payah belajar Bahasa Inggeris
Kawan-kawan kau yang ejek kau sebab kau 'speaking', kau sabar jer lah. Benda ni takdak kaitan pun dengan maruah bangsa atau nationalisme.
Siapa kata kalau kau master bahasa lain, kau tak boleh power bahasa ibunda? Siapa kata kalau kau luaskan fikiran kau, kau akan lupa diri? Macam KJ yang belajar kat Oxford, United Kingdom -- still jadi pemimpin Malaysia kan?
Sebab kalau kau nak improve career kau, kau nak lagi senang communicate dengan bos dan customer kau, dan kau nak make more money -- improve Bahasa Inggeris ni memang membantu.
Padahal, lagi kau power tulis bahasa apa pun, lagi power kau punya pemikiran, logik, dan communication skill -- dan lagi power-lah kau dalam bahasa sendiri jugak.
Usually, aku tulis dalam Bahasa Inggeris kat www.mr-stingy.com.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!