seismik

Top 10 'Bazar Ramadan' Di Lembah Klang Yang Korang Wajib Kunjungi. Jom Support!

Yang penting SOP jangan lupa ya.

Cover image via Bernama & Bukan Aku

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila tibanya bulan Ramadan, tak sah kalau tak singgah bazar Ramadan untuk beli makanan favourite korang kan?

Walaupun kita masih berada dalam tempoh Proklamasi Darurat, tetapi kerajaan telah membenarkan operasi bazar Ramadan dijalankan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Hal ini kerana negara kita masih belum menang melawan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi segala aspek keselamatan dan penjagaan diri semasa berada di luar.

Rasanya tak sah kalau tak kunjungi bazar Ramadan masa bulan puasa ni kan? Tambahan lagi kalau makanan yang kita nak itu selalu ada masa bulan puasa saja.

Jadi, jom kita terjah antara top 10 bazar Ramadan sekitar Lembah Klang yang korang boleh kunjungi:

1. Stadium Shah Alam

Orang-orang Selangor kalau tak singgah sini mesti tak sah. Ini adalah antara tempat popular yang ramai orang kunjungi untuk mendapatkan pelbagai jenis menu makanan dan minuman berbuka puasa. Bazar ini juga sangat luas!

2. Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

Image via Ninja Housewife
Image via Ninja Housewife

Salah satu kawasan yang paling padat pada bulan Ramadan, bazar Ramadan TTDI banyak mempunyai vendor viral seperti gerai popiah basah yang telah berniaga selama lebih dari 20 tahun. Selain itu, ini merupakan tempat yang perlu korang kunjungi jika anda mencari makanan-makanan viral yang unik.

3. Jalan Tunku Abdul Rahman

Image via Rojak Daily

Kebiasaannya, orang ramai yang bukan berasal dari Kuala Lumpur ini memang teruja apabila dapat pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman terutamanya pada musim puasa dan raya sebelum musim Covid-19 melanda negara kita.

Jalan TAR dikenali sebagai destinasi yang mesti dikunjungi semasa musim perayaan, korang akan menemui pelbagai makanan tradisional dan klasik seperti kuih, ayam percik, dan serunding di sini. Bazar ini mempunyai lebih 300 gerai.

4. Bangsar

Image via The Star
Image via The Star

Bazar Ramadan Bangsar ini memang sangat popular dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang sedap. Antaranya ayam bakar, ikan bakar, kambing bakar, sotong bakar dan pelbagai jenis kuih-muih.

5. Jalan SS13, Subang Jaya, Selangor

Image via Yahoo Finance

Bagi orang Subang Jaya, Bazar Jalan SS13 adalah lokasi tumpuan melengkapkan sambutan Ramadan. Sepanjang bulan puasa, Nasi Kerabu di sini menjadi salah satu tarikan untuk penduduk di Subang Jaya atau di sekitarnya seperti Shah Alam dan Puchong.

6. Kampung Baru

Image via Lele

Bila sebut saja Kampung Baru, pasti mereka akan secara automatiknya memikirkan makanan yang dijual ialah makanan Melayu. Selain menjadi tempat berbuka puasa yang terkenal dengan banyak restoran di kawasan ini, korang akan jumpa gerai yang menjual bubur lambuk dan roti goreng McGyver (roti goreng dalam yang diisi dengan daging) yang sangat popular dan unik.

7. Bangi

Image via Foursquare
Image via Foursquare

Di kawasan Bangi, ada beberapa bazar Ramadan yang korang boleh kunjungi. Antara yang paling terkenal ialah di Seksyen 7 dan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Macam-macam ada di sini, tapi yang paling menarik adalah nasi kerabu, ayam golek dan popia basah.

8. Taman Melawati

Image via Berita Harian

Berbeza dengan Bangsar, bazar Ramadan di Taman Melawati terkenal sebagai salah satu bazar yang terpanjang di Malaysia.

Selain pelbagai makanan yang sedap, ramai orang mengatakan bahawa di sinilah anda dapat melihat selebriti yang berbelanja untuk berbuka puasa dan ada juga antara mereka yang menjual.

9. Bukit Bintang

Bazar ini bermula dari Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Berangan seterusnya ke pintu gerbang Ain Arabia. Bagi korang yang teringin untuk menikmati masakan Arab atau Thailand, bolehlah berkunjung ke sini.

10. Puchong Perdana

Image via Butter Kicap

Mereka yang datang ke sini sanggup bersesak-sesak demi mendapatkan pelbagai makanan dan minuman yang dijual disini.  Perkara ini disebabkan makanan yang dijual di sini hanya boleh ditemui ketika Ramadan saja. Jangan lepaskan peluang ni!

Pastikan korang jaga penjagaan diri yang betul okay masa dekat bazar nanti and jangan membazir ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: