seismik

[VIDEO] Lupa Bawa Surah Yasin, Gelagat Ustaz Cover Guna Iqra Ini Buat Ramai Boleh Relate

Amboi, ingat orang tak perasan la tu.

Cover image via @hafiziiiiasri (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membaca ayat suci Al-Quran pada awal pagi mampu meningkatkan kecerdasan otak

Tabiat membaca Al-Quran pada waktu pagi sering diterapkan di sekolah agama bagi menguatkan fokus pelajar-pelajar ketika berada di dalam kelas.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang ustaz lelaki yang memegang Iqra ketika bacaan surah Yasin telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan kitab surah Yasin, rupa-rupanya Iqra jilid 4

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @hafiziiiiasri di TikTok, gelagat seorang ustaz yang memegang Iqra ketika bacaan Surah Yasin jadi perhatian.

Ustaz tersebut dilihat tetap meneruskan bacaan surah Yasin walapun Iqra di tangannya itu hanya sekadar hiasan.

Reaksi ustaz ini turut menarik perhatian dalam kalangan warganet kerana ia merupakan satu perkara yang relate ketika di zaman persekolahan.

"Lakonan cikgu memang nombor 1 terbaik" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat ustaz tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 519.8K tontonan, 45.4K tanda suka dan 623 perkongsian di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Teringat pula zaman sekolah, tak pegang Surah Yasin boleh kena denda :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: