seismik

Menjelang FIFA World Cup 2022, Ini Antara 8 Negara Yang Pernah Menjuarai Piala Dunia

Agak-agaknya, siapalah yang menjuarai Piala Dunia tahun ini?

Cover image via DETIKCOM & AIR TIME NEWS NETWORK

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat bola sepak di seluruh dunia pastinya sudah tidak sabar lagi menanti Piala Dunia 2022 di Qatar bukan?

Bahang kian terasa, FIFA World Cup 2022 yang bakal berlangsung di Qatar pada November ini menjadi perhatian dan kegilaan rata-rata peminat bola sepak di seluruh dunia.

Ada yang sanggup melaburkan duit mereka semata-mata ingin menonton secara langsung di stadium betul tak?

Masih keliru ingin menyokong pasukan apa pada Piala Dunia kali ini? Ini adalah antara negara-negara yang digeruni dan pernah memenangi kejuaraan tersebut.

Image via HAVE A WORD

1. Brazil (5 kali)

Brazil ialah negara  yang telah bersaing dalam setiap pertandingan Piala Dunia FIFA dan merupakan negara pertama untuk memenangi piala itu sebanyak lima kali, iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002.

3 daripada 5 kejuaraan Piala Dunia yang dimiliki oleh Brazil turut di anggotai oleh lagenda bola sepak terhebat sepanjang zaman iaitu Pelé.

1. 1958 - Brazil vs Sweden (5-2)
2. 1962 - Brazil vs Czechoslavkia (3-1)
3. 1970 - Brazil vs Itali (4-1)
4. 1994 - Brazil vs Itali (3-2)
5. 2002 - Brazil vs Jerman (2-0)

Image via GOAL

2. Jerman (4 kali)

Jerman merupakan salah satu negara Eropah yang digeruni dalam bola sepak moden. Negara yang pernah memenangi 4 kali piala juara dunia iaitu pada tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014 ini juga turut merupakan pasukan yang paling konsisten mendapat tempat dalam pertandingan antarabangsa. 

Sepanjang 21 edisi bola sepak piala dunia, negara Jerman turut memperolehi tempat kedua dan ketiga dalam 7 musim.

1. 1954 - Jerman vs Hungary (3-2)
2. 1974 - Jerman vs Belanda (2-1)
3. 1990 - Jerman vs Argentina (1-0)
4. 2014 - Jerman vs Argentina (1-0)

Image via INDIA.COM
Image via WALLPAPERFLARE

3. Itali (4 kali)

Negara Itali atau lebih dikenali sebagai negara Azurro ini merupakan antara pasukan bola sepak kebangsaan yang berjaya di dunia selepas negara Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1934, 1938 1982 dan 2006.

Pasukan bola sepak Itali juga turut menjuarai pelbagai liga antarabangsa yang berprestij seperti Piala Eropah dan Olimpik.

1. 1934 - Itali vs  Czechoslovakia (2-1)
2. 1938 - Itali vs Hungary (4-2)
3. 1982 - Itali vs Jerman (3-1)
4. 2006 - Itali vs Perancis (5-3)

Image via THESPORTIVO
Image via AKSELERAN

4. Argentina (2 kali)

Negara Argentina adalah salah satu daripada pasukan bola sepak kebangsaan yang paling berjaya, memenangi dua Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1986 ini merupakan juara Juara Remaja Dunia dan pemegang Pingat Emas Olimpik masa kini.

Negara yang melahirkan ramai bintang di liga Eropah ini turut menjadi kompetitif terhebat dalam sepanjang pertandingan antarabangsa.

1. 1978 - Argentina vs Belanda (3-1)
2. 1986 - Argentina vs Jerman (3-2)

Image via MINUTEMEDIA
Image via BLEACHEEREPORT

5. Perancis (2 kali)

Negara Perancis merupakan negara yang pernah mencapai kejayaan dalam dalam bola sepak sebanyak 3 'generasi emas' iaitu pada 1950-an, 1980-an dan 1990-an. Negara ini juga pernah memenangi 2 edisi Piala Dunia iaitu pada tahun 1998 dan 2018.

1. 1998 - Perancis vs Brazil (3-0)
2. 2018 - Perancis vs Croatia (4-2)

Image via DRD2019
Image via OHSEMPOI

6. Uruguay (2 kali)

Negara Uruguay merupakan antara pasukan yang memberi kompetitif terhebat di Amerika Latin kerana mereka telah memenangi kejuaraan Copa America sebanyak 15 kali. Negara Uruguay merupakan tuan rumah bagi edisi pertama kejuaraan bola sepak Piala Dunia pada tahun 1930 dan mereka menjadi juara.

Pasukan bola sepak Uruguay juga turut mencapai kemenangan sebanyak 2 kali dalam kejuaraan Piala Dunia iaitu pada tahun 1930 dan 1950.

1. 1930 - Uruguay vs Argentina (4-2)
2. 1950 - Uruguay vs Brazil (2-1)

Image via BITBOL
Image via MARCA

7. Sepanyol (1 kali)

Pasukan ini merupakan juara semasa Eropah, setelah memenangi UEFA Euro 2008. Pasukan Sepanyol memenangi Piala Dunia FIFA buat julung kali pada tahun 2010.

Negara ini juga mempunyai liga yang sangat berkualiti di dunia iaitu La Liga dan melahirkan ramai generasi moden bola sepak yang berkualiti.

1. 2010 - Sepanyol vs Belanda (1-0)

Image via wp.com
Image via FUTEBOLNAVEIA

8. England (1 kali)

Ini merupakan negara di mana terlahirnya permainan bola sepak yang kini sangat dikenali serata dunia. Pasukan bola sepak England juga merupakan gabungan pasukan bola sepak tertua di dunia.

Negara ini juga turut menjuarai kejuaraan Piala Dunia buat julung kalinya pada tahun 1966 di tanah air sendiri.

1. 1966 - England vs Jerman (4-2)

Image via METRO.CO.UK
Image via WIKIMEDIA

Tahun ini banyak sangat pasukan power-power, ayuh beri sokongan kepada pasukan kegemaran anda!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: