[VIDEO] “Berdesup Dia Lari” - Tindakan Wanita Takutkan Anak Kecil Ini Jadi Tumpuan Ramai
Seram betul muka dia ketakutan.
Ketika kecil, kita sering ditakut-takutkan dengan bayang-bayang dan tempat gelap
Iyalah, pantang suis lampu ditutup. Terus berlari ke ruang tamu kerana takut dikejar hantu.
Sama seperti video yang tular yang baru-baru ini, reaksi seorang anak kecil yang dilihat ketakutan berlari ke arah ibunya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru buat suara garau, terus berlari ketakutan
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @hidayuhidayah1 di TikTok, gelagat anak kecil yang ketakutan itu jadi perhatian.
Ketika anak kecil itu disuruh untuk menutup pintu, ibunya dengan sengaja membuat suara garau dengan niat ingin menakutkan anaknya itu.
Budak kecil itu terus berlari ke arah ibunya dalam ketakutan sambil menangis.
"Terangkat-angkat kereta mainan adik tu" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 296.7K views, 14.7K likes dan 142 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur gelagat comel anak kecil itu. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman ketika kecil dan perangai adik-adik mereka di rumah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!