Gelagat Anak Kecil Minat Buat Video 'Stop Motion' Guna Lego Ini Jadi Perhatian Ramai
Bakat ni kalau diasah, boleh pergi jauh.
Sikap anak-anak yang minat dalam mencuba perkara baharu perlu jadi perhatian oleh ibu bapa
Iyalah, anak-anak yang sering didedahkan dengan media sosial seperti YouTube dan TikTok akan mudah terpengaruh dengan perkara yang menarik minat mereka.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang kanak-kanak yang mengisi masa lapang dengan melakukan video stop motion telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah;
Effort susun Lego satu-satu, rakam guna telefon pintar
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @timbalan_opah di TikTok, gelagat anak kecil itu melakukan video stop motion dengan hanya menggunakan blok-blok kecil Lego.
Menurut anak kecil yang lebih dikenali sebagai Adi, dia mula meminati dan mempelajari teknik tersebut melalui YouTube.
Hasilnya sangat mengujakan dan kreatif. Rata-rata netizen turut terkejut dan kagum dengan idea menarik daripada anak kecil berkenaan.
Berikut di bawah adalah sambungan video tersebut:
"Nampak macam senang, tapi nak perah otak fikir jalan cerita tu susah. Good job dik!" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 95.8K tontonan, 102.1K tanda suka serta 1236 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan kreativiti yang dilontarkan oleh anak kecil bernama Adi itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!