seismik

[VIDEO] "Slay" - Gelagat Seekor Monyet Disolekkan Dengan Eyeliner Ini Jadi Perhatian Ramai

Elok je dia duduk diam-diam.

Cover image via @alyathirah__ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehadiran haiwan peliharaan sering menghiburkan kerana gelagat mereka yang comel

Masa kini, sudah banyak video tular di media sosial berkaitan gelagat mencuit hati haiwan peliharaan yang menarik minat masyarakat untuk menghargai kewujudan mereka.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seekor monyet yang disolekkan oleh tuannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Elok duduk diam, wajahnya terus disolekkan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @alyathirah__ di TikTok, dilihat seekor monyet yang dipakaikan eyeliner pada kelopak matanya oleh pemilik haiwan tersebut.

Lebih menjadi perhatian, reaksi haiwan tersebut dilihat tenang dan pasrah ketika wajahnya disolekkan.

Walaupun riak wajah monyet tersebut dilihat agak tertanya-tanya, keanggunan wajahnya itu turut dijadikan topik gurauan warganet di ruangan komen.

Berikut adalah sambungan video berkenaan:

@alyathirah__ Membalas kepada @ayuwahid.__ cici muka redha #cicimonyet #fyp suara asli - Melyusti Setiawan K
@alyathirah__ Membalas kepada @A N hello cantik tak #cicimonyet #lucu #fyp bunyi asal - @

"Nak pula dia kena make up" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berhibur dengan wajah monyet itu selepas disolekkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan meraih 1.5M views, 140.7 likes dan 7542 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen mnarik daripada netizen di TikTok:

Eyelids monyet ni lagi cantik daripada min punya :')

Image via REDDIT

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: