[VIDEO] Cubaan Lelaki Ini Gagal Memikat Hati Wanita Di Lampu Isyarat Jadi Tumpuan Ramai
Senang-senang je cari jodoh dekat traffic light.
Terlalu lama hidup membujang, rata-rata jejaka kini lebih berani ‘buka langkah’ pertama untuk memikat hati wanita
Mungkin ada segelintir wanita di luar sana menganggap perkara tersebut menimbulkan rasa tidak selesa pada diri mereka.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, tindakan seorang lelaki yang cuba memikat hati wanita ketika berhenti di lampu isyarat jadi bualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba turun dari kereta semata-mata ingin mengurat
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @beachbro27 di TikTok, kelihatan seorang lelaki tiba-tiba sahaja turun dari kenderaan dan bergerak ke arah kereta di hadapannya dengan tujuan ingin memikat hati wanita tersebut.
Namun, reaksi lelaki tersebut dilihat hampa ketika berjalan kembali kerana gagal. Menurut pemilik akaun, pemandu wanita berkenaan rupa-rupanya memegang status sudah berpunya.
"Nampak gaya macam dah lama sangat je jadi single" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 781.6K views, 34.6K likes dan 211 comments di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pendapat berkaitan situasi tersebut.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!