"Salah Orang" - Niat Gurau Nak Prank Rakan, Sekali Wanita Lain Tak Dikenali Jadi Mangsa
Aduh, malu sangat tu bang.
Bergurau senda dengan rakan-rakan mampu mencipta kenangan manis bersama
Jika diingat kembali, kenangan usik-mengusik dan bergurau senda sesama rakan rapat merupakan satu nostalgia yang amat dirindui ketika berada di zaman persekolahan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, kerenah seorang remaja lelaki ingin prank rakan baiknya tetapi lain pula yang jadi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Disangkakan rakannya, tapi rupa-rupanya orang lain
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @ammrafif di TikTok, gelagat remaja lelaki berkenaan dilihat ingin prank rakan baiknya bertukar suasana apabila tersalah orang.
Gelak tawanya terhenti selepas melihat sosok tubuh seorang wanita yang tidak dikenali muncul di sebalik pintu.
Reaksi terkejut dan malu oleh lelaki itu buat ramai terhibur serta boleh relate dengan situasi berkenaan.
"Trauma akak itu nanti" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 292.7K tontonan, 37.4K tanda suka serta 205 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!