seismik

[VIDEO] Cuba Ikut Trend Di TikTok, Sekali Pasu Bunga Ini Pula Pecah Buat Ramai Terkedu

Ha sudah, pening nak menjawab depan cikgu.

Cover image via @nxzhyu (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Trend di TikTok sering menjadi kegilaan anak muda untuk raih For Your Page (FYP)

Iyalah, jika kita buka sahaja aplikasi TikTok. Pasti ramai gelagat anak-anak muda di ruangan FYP yang mencuba-cuba untuk mengikut trend demi mendapatkan likes dan shares.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok, gelagat sekumpulan pelajar yang mencuba trend di TikTok raih tumpuan ramai.

Lihat video penuh di bawah:

Kalkulator tidak bergerak, masing-masing terkejut

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @nxzhyu di TikTok, video berkenaan menunjukkan gelagat sekawan pelajar yang sedang syok membuat trend "Pesta Bukan Sebarang Pesta" berubah suasana selepas pasu bunga di atas meja guru pecah.

Lebih menjadi tumpuan, reaksi pelajar perempuan yang memegang kalkulator dilihat sangat menarik kerana riak wajahnya sangat terkejut dengan situasi yang terjadi.

Warganet turut terkejut dan terhibur dengan kejadian yang menimpa sekawan pelajar itu.

Lihat rakaman disebalik tabir video tersebut:

@nxzhyu behind the scene HAHAHAHAHAHAHAHA #fyp original sound - ayuu

"Muka member dah redha dah tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1M tontonan, 106K tanda suka serta 549 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takpelah dik, pandai-pandai lah awak menjawab ya :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: