seismik

[VIDEO] Lelaki Sempat Rakam Detik 'Milleage Jackpot' Motosikalnya Ini Buat Ramai Teruja

Tragedi yang sangat sukar untuk ditemui.

Cover image via @minhoromzanv (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna motosikal, momen-momen menarik yang berlaku di atas jalan raya pasti menjadi tumpuan mereka

Kadang-kala, ada segelintir daripada mereka sanggup berhenti di tepi jalan untuk mendapatkan footage yang lebih menarik.

Namun, tular satu video di TikTok berkenaan seorang pengguna motosikal yang teruja merakam angka nombor milleage motosikalnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@minhoromzan hujan tak hujan.. aku berhenti juga cik oiii #fyp @NotMyName original sound - Minho Romzan

Susunan nombor milleage cantik, sanggup berhenti tepi jalan raya

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @minhoromzan di TikTok, lelaki berkenaan dilihat sangat teruja selepas melihat susunan nombor milleage pada motosikalnya.

Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah lelaki tersebut menunjukkan pada digital LCD skrin meter motosikalnya susunan angka yang tersusun daripada 0 hingga 7.

Biarpun hujan, lelaki berkenaan tetap sanggup memberhentikan kenderaannya demi merakam detik-detik itu.

Ramai di antara netizen di ruangan komen boleh relate dengan situasi yang dihadapi oleh lelaki itu.

"Sama tabiat, sanggup berhenti tepi jalan bila milleage jackpot" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan situasi yang dihadapi oleh lelaki berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 68.7K views, 6.8K likes dan 105 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rider-rider dekat luar sana mesti boleh relate kan?

Image via GIFHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: