Tak Mahu Guna Waze? Ini Pilihan Alternatif Aplikasi Navigasi Yang Korang Boleh Guna
Banyak pilihan lain sebenarnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi Waze
Perkara ini telah berkuat kuasa serta-merta selepas pengumumannya pada 21 Oktober lepas.
Waze telah lama menjadi salah satu aplikasi navigasi paling popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia.
Anda boleh mendapat maklumat seperti jalan berlubang, kamera perangkap laju, maklumat kesesakan lalu-lintas, kemalangan dan berpusing masuk ke dalam taman perumahan semata-mata untuk mengurangkan empat minit.
Jika anda mahu nyahpasang aplikasi Waze, ini adalah beberapa alternatif yang anda boleh gunakan untuk menjadi pengganti.
1. Google Maps

Tanpa disangkal, Google Maps adalah antara aplikasi navigasi yang digunakan oleh ramai orang di Malaysia. Rekaan aplikasi yang sangat ringkas dan mudah tetapi sangat boleh diharap.
Disebabkan Google memiliki Waze, banyak data trafik yang sama digunakan oleh kedua-dua aplikasi ini.
Google Maps juga mampu mencari beberapa tempat yang tersembunyi dengan penuh ketepatan.
Anda juga boleh mengetahui lorong mana yang kereta anda patut masuk terlebih awal.
Walau bagaimanapun, Google Maps menggunakan bateri telefon anda dengan lebih cepat kerana menggunakan peta dan data trafik secara langsung.
2. TuJu

TuJu adalah aplikasi navigasi yang disyorkan oleh kerajaan untuk digunakan oleh semua orang.
TuJu mempunyai kelebihan dengan data trafik tempatan seperti mengetahui kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan dengan lebih awal.
Selain itu, pergerakan anda hanya akan menggunakan infrastruktur domestik. Pengiraan tol juga boleh dibuat siap-siap oleh aplikasi ini mengikut berapa banyak lebuh raya yang anda akan lalui.
Tetapi setakat ini, TuJu kini dalam pengemasan naik taraf supaya boleh menjadi aplikasi navigasi yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang.
3. Apple Maps

Jika anda menggunakan iPhone, aplikasi ini hadir terus bersama. Secara senyap, Apple Maps kini lebih baik daripada dahulu.
Data pergerakan anda pula tidak akan digunakan dan ditukarkan kepada kod rawak untuk melindungi maklumat peribadi pengguna iPhone.
Apple Maps juga mempunyai kelebihan untuk berhubung dengan Apple Watch di mana anda boleh mendapat akses terus daripada jam pintar anda.
Perlu diingatkan, tidak semua tempat dapat dicari oleh Apple Maps terutamanya bangunan yang mempunyai banyak tingkat.
4. Petal Maps

Petal Maps adalah aplikasi navigasi Huawei yang menggunakan data peta dari TomTom. Rekaan aplikasi ini juga lain daripada yang lain.
Petal Map mempunyai mod pandangan atas yang memudahkan anda untuk memandu terutamanya pada waktu malam.
Aplikasi ini sangat jarang digunakan oleh rakyat Malaysia, tetapi ia sangat ringan untuk digunakan dalam pemanduan yang lama.
5. PINTAZ

PINTAZ adalah satu lagi aplikasi navigasi khas untuk pengguna Malaysia.
PINTAZ dapat memberi isyarat kamera AES, memberi harga tol sebelum bergerak dan mempunyai laluan dedikasi khas untuk motosikal yang melalui lorong motosikal.
Data anda akan disimpan secara domestik untuk memastikan ia selamat daripada masalah keselamatan siber.
Aplikasi ini turut mempunyai waktu solat, arah kiblat dan peta kampus lengkap khas untuk pengguna pelajar.
6. HERE WeGo

Sebelum wujudnya telefon pintar, HERE Technologies adalah pelopor awal yang ada di dalam unit GPS di serata dunia.
Aplikasi ini sangat bagus untuk digunakan jika anda tidak mempunyai internet.
Anda boleh terus memuat turun keseluruhan peta Malaysia dan menggunakan aplikasi ini tanpa merisaukan rangkaian internet.
Tambahan lagi aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menghubungkan stesen LRT atau MRT.
Apa yang kurang hanyalah tempat-tempat yang menggunakan nama tempatan di mana anda perlu memasukkan alamat tepat untuk bernavigasi.
Banyak aplikasi navigasi yang boleh menjadi pilihan anda
Untuk penggunaan yang mudah aplikasi seperti Google Maps mudah dan boleh menjadi pengganti Waze.
Setiap aplikasi mempunyai kelebihan dan keunikan sendiri. Lebih baik jika anda sendiri cuba dan mencari yang terbaik untuk kegunaan seharian.
Ingat, biar lambat, asal selamat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via