“Port Mandi Baru” - Remaja Ini Baru Nak Seronok, Sekali Terkedu Jumpa Tanda Amaran
Alamak, kita pula yang risau.
Masyarakat harus berwaspada dengan kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
Sebagai ibu bapa, seharusnya mengambil peranan besar dalam memastikan anak-anak tidak curi-curi masuk kawasan larangan tanpa keizinan.
Namun, lain pula yang terjadi pada video yang tular baru-baru ini. Sekumpulan remaja lelaki dilihat seronok bermandi-manda telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu penuh di bawah:
Terkedu sementara rakan lain seronok bermandi-manda
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @aditya_dwii di TikTok, rakaman tersebut menunjukkan sekumpulan remaja sedang seronok bermandi-manda di sebatang sungai.
Lebih menarik perhatian, salah seorang daripada mereka melihat satu banner kecil yang terlipat pada papan tanda kayu dan membukanya.
Rupa-rupanya, itu merupakan banner usang kawasan larangan tersebut dan tempat itu juga merupakan kawasan larangan bermandi kerana ditakuti ada kehadiran reptilia buaya.
"Nampak gaya macam salah port" - Netizen
Susulan tularnya video yang kini telah meraih 4.4M tontonan, 423.7K tanda suka serta 6325 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan bergurau pada ruangan komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!