Video Najib Dan Rosmah “Bergoyang” Jadi Viral. Rakyat ‘Happy’ Atau Maki?
"When marimba rhythms start to play, dance with me, make me sway."
Cover image via youtube.comSebuah video yang dilapor dirakam ketika majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kazakhstan kini tersebar luas di laman sosial
Image via youtube.com
Majlis resepsi ini telah diadakan di sebuah hotel yang tidak dinamakan dan berlangsung selama dua hari, dari 17 hingga 19 April lalu
Image via youtube.com
Saksikan sendiri gelagat Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor "bergoyang" bersama pasangan pengantin dan beberapa hadirin lain di atas pentas:
Apa kata orang ramai?
Seperti yang dijangka, ramai yang mempersoal tentang sumber kewangan yang dipakai bagi membiayai kos perkahwinan tersebut. Selain itu, tindakan Najib menari di atas pentas juga dikutuk kerana tidak melambangkan Islam.
Image via Facebook Free Malaysia Today
Meskipun begitu, melalui pemerhatian SAYS, kami mendapati lebih ramai rakyat yang menganggap perkara itu langsung tidak ada masalah kerana Najib mempunyai hak untuk bersuka ria pada majlis perkahwinan anaknya sendiri
Image via Facebook Free Malaysia Today
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah di atas kurniaan seorang menantu. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Image via mstar.com.my
