Video ‘Preconvo’ Pelajar UiTM Ini Memang Mantap! Ingatkan Produksi Filem Manalah Yang Buat
Epik, power dan memang nice lah!
Cover image via Illuionist Studio/YouTubeKalau anda perasan dalam seminggu dua ni, scroll je Facebook mesti akan nampak gambar-gambar konvo kawan-kawan di Timeline
Masing-masing kelihatan gembira dalam berjubah sambil memegang skrol yang disayangi. Yelah siapa saja yang tak gembira kalau dah bertahun-tahun belajar dan akhirnya berjaya menamatkan pelajaran betul tak?
Mungkin dah jadi perkara normal lah bila masuk saja musim konvokesyen, *timeline* Facebook anda akan dipenuhi dengan wajah-wajah manusia yang berjubah dari seluruh universiti di dalam negara ni. Masing-masing *pose* tak nak kalah. Ada yang ala-ala model lah, melompat lah dan macam-macam lagi.
Image via Ali Imran/Facebook
Image via http://www.cinqleafclover.com
Image via Ali Imran/Facebook
Namun, apa yang dapat mencuri perhatian kami adalah sebuah video preconvo yang dihasilkan oleh pelajar UiTM ini. Seriously nampak gempak dan cool habis!
Video *preconvo* ni bukannya video yang biasa-biasa kerana ia turut ada jalan cerita yang menarik.
Di dalam video tersebut, kononnya sebelum pelajar-pelajar meninggalkan universiti itu, mereka perlu menyelesaikan satu tugasan. Yang pasti hanya segelintir daripada mereka saja akan berjaya.
Image via Illuionist Studio/YouTube
Sejujurnya kami sangat terpegun dengan sinematografi dan camera works video ini yang sangat baik dan boleh dikatakan setanding filem!
Penggunaan drone pada *scene* awal video ini memberi mood dan impak yang baik untuk kami terus menonton video tersebut.
Semuanya nampak macam *well-planned* dan kami rasa mungkin mereka ini semua satu kuliah sebab memang ramai. Haha…
Image via Illuionist Studio/YouTube
Kami rasa tak perlu kami cerita lebih, saksikan saja video tersebut di bawah.
Apakah sebenarnya yang terjadi?
Production: [Illuionist Studio](https://www.youtube.com/channel/UC63H-4VPkATnKFst7MFuJ8A) dengan kerjasama Emerge Krew.
Arahan: [Firdaus Zulfaa](https://www.facebook.com/firdaus.zulfaa).

