Sudahlah Dicemuh, Fareeda Kini Adakan Pertandingan Video “Serangan Ganas SweetLuv Fareeda”
Fareeda… Nyata Jelita!
Cover image via freemalaysiatoday.comBaru-baru ini, video 'serangan ganas' orang ramai terhadap butik tudung ternama di Malaysia, Fareeda telah menjadi sangat viral di laman sosial Facebook
Hari ini, apabila *log in* sahaja Facebook, kebanyakan status pengguna FB menceritakan mengenai video-video 'serangan ganas' tersebut yang disifatkan sangat memalukan.
Image via NShahila Sahat/Facebook
Image via Nita Muhd/Facebook
Video yang diberi nama 'Serangan Ganas Sweetluv Fareeda' itu sehingga kini telah mendapat sebanyak hampir 250,000 tontonan dalam masa dua hari sahaja
Dalam video berkenaan, orang ramai kelihatan **berhimpit-himpit, menjerit-jerit, dan bercampur antara lelaki dan perempuan** untuk mendapatkan nombor giliran masing-masing.
Jika video dimainkan sambil mata tertutup, memang tak dinafikan kedengaran betul-betul seperti satu rusuhan besar sedang berlaku. Sangat tak disangka-sangka, hebat betul penangan FAREEDA ini.
Sejurus video itu dimuatnaik, kebanyakan orang ramai menghentam kejadian tersebut dengan memberikan komen-komen negatif.
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook
Malah, satu video yang mendapat perhatian ramai adalah video yang memperlihatkan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim bersama suaminya Fizo Omar yang kelihatan gembira dengan situasi tersebut
**"Tak tau dah nak kata apa, suara pun dah tak dak"** – Mawar Abd Karim
Apa yang dikesalkan lagi, layanan dan jawapan yang diberikan oleh admin page FAREEDA..Nyata Jelita apabila ditujukan soalan disifatkan agak kebudak-budakan dan berlagak
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook
Dalam masa yang sama, selebriti terkenal Wardina Saffiyah memberi respon terhadap isu tersebut dan sedikit sebanyak memberi pandangan peribadinya melalui Facebook
Image via Wardina Safiyyah OfficialPage/Facebook
**"Janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu."** Kata Wardina.
Image via Wardina Safiyyah OfficialPage/Facebook
Kelihatan orang ramai bersetuju dengan kenyataan Wardina yang berunsur teguran dan nasihat itu.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan, satu pertandingan video
"SERANGAN GANAS SWEETLUV FAREEDA" telah dibuat yang mana menawarkan hadiah berupa wang ringgit dan sehelai tudung eksklisif Fareeda
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook
Tak sangka, ingatkan bila sudah dikutuk teruk, pihak mereka akan mengambil langkah memperbetulkan keadaan tetapi lain pula jadinya.
Seperti biasa, netizen yang sudah dari awal memberi pandangan negatif kepada pengurusan syarikat ini, lagi-lagi kepada *admin page* tersebut, menempelak idea pertandingan video tersebut.
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook
Image via FAREEDA..Nyata Jelita/Facebook

