Porno Kartun Frozen Ini Dapat 6 Juta Tontonan Di YouTube. Anak Anda Pernah Menontonnya?

Makin lama makin bahaya pula YouTube ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Baru-baru ini viral di Facebook apabila akaun Kini Trending berkongsi maklumat tentang kandungan video kanak-kanak tak senonoh yang terdapat di YouTube ini:

Kami memang terperanjat dan tidak pernah menyangka video sebegini akan wujud di laman YouTube. Perkara ini dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook bernama **Elfiana Quraisha** apabila menyedari anak perempuannya secara tidak sengaja sedang menonton video-video tersebut.

Ternyata tidak ramai daripada kita menyedari tentang perkara ini

Cuba anda lihat jumlah tontonan video-video berkenaan. Ada di antaranya mencecah sebanyak lebih 6 juta tontonan. Cuba bayangkan sekiranya setengah daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak dan salah seorangnya mungkin anak anda.

Video tersebut telah dimuat naik oleh *channel* [CheekSpear Animation](https://www.youtube.com/channel/UCRQEIf5n_yyQc9JNrnEjwOA) dan sehingga hari ini sebanyak 101 video telah dihasilkan dan kini mempunyai lebih daripada 100,000 *subscribers*.

Image via YouTube

Dan apabila kami menyusuri ruangan komen, kami mendapati masyarakat seluruh dunia sememangnya marah dan mengecam tindakan pihak *channel* tersebut. Rata-rata risau sekiranya video itu akan ditonton oleh kanak-kanak yang pastinya akan mempengaruhi minda mereka.

Image via YouTube

Image via YouTube

Untuk pengetahuan anda, walaupun anak anda tidak menonton video dari *channel* ini, tetapi ia tetap akan muncul di *Up Next* bar di sebelah kanan video sebagai *suggestion videos*. Ini kerana perkataan Elsa digunakan sebagai *keyword* kepada video tersebut.

Daripada hasil tontonan kami, kami 100% berpendapat video-video ini sangat berbahaya buat kanak-kanak. Lihat contoh di bawah:

Image via YouTube

Image via YouTube

Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk elak anak anda daripada menonton video sebegini?

1. Tandakan restrict mode

Pergi ke bahagian *setting* YouTube dan tandakan pilihan ini. Setelah anda tandakan, beberapa video yang mempunyai *inpappropriate content* tidak akan dapat dimainkan melalui *device* anda.

2. On safety mode

Tetapi diingatkan, tidak semua video dapat ditapis kerana sesetengah video tersebut disetkan kepada *public*.

3. Guna applikasi parental control

Image via Google Play

Terdapat tiga fungsi utama aplikasi ini iaitu *filtering, observing* dan *scheduling*:

***Filtering:*** Anda boleh memilih laman web mana yang anak anda boleh (white list) dan tidak boleh akses (black list).

***Observing:*** Anda boleh merakam aktiviti anak-anak sepanjang hari.

***Scheduling:*** Mereka hanya boleh *online* pada waktu tertentu sahaja yang anda telah tetapkan.

Walaubagaimanapun, sekiranya content seperti video di atas disetkan kepada public, kebarangkalian peluang untuk anak anda menontonnya masih tetap tinggi

Dinasihatkan sebagai ibu bapa, anda seharusnya monitor aktiviti anak-anak tidak kiralah pada telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ambil tindakan dan sebarkan!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan sahaja Frozen, watak animasi superhero turut dilucahkan. BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: