seismik

[VIDEO] Tenaga Pengajar Jerit 'Bodoh' Sambil Tampar Dan Sepak Pelajar Praktikal

Adakah patut tenaga pengajar berkelakuan sebegini rupa terhadap pelajar?

Cover image via Zakqwan Taman Suria/Facebook

Sebuah video menunjukkan seorang tenaga pengajar berkelakuan kasar terhadap seorang pelajar di Kedah telah menjadi viral di Facebook sejak semalam

Video tersebut telah dimuat naik semalam, 27 Februari 2017 oleh seorang pengguna Facebook bernama Zakqwan Taman Suria pada jam 10.44 pagi.

Difahamkan, video itu telah dirakam di sebuah institut kemahiran teknikal di Kubang Pasu, Kedah.

Ketika artikel ini ditulis, post Zakqwan telah mengumpul sebanyak 32,000 shares dan 3,800++ likes.

Video berdurasi 1 minit 36 saat itu bermula dengan tenaga pengajar tersebut memerhatikan seorang pelajarnya sedang membaiki unit penghawa dingin. Tiba-tiba...

... 25 saat kemudian, tenaga pengajar berkenaan mula mencubit telinga pelajar tersebut. Seterusnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila tenaga pengajar itu bertindak lebih ganas dengan menampar, menyepak dan menjerit 'bodoh' berulang-ulang kali.

Paling teruk, pelajar itu turut disepak sehingga rebah ke lantai.

Saksikan insiden penuh dalam video di bawah:

Posted by Zakqwan Taman Suria on Sunday, February 26, 2017

Setelah viral, video tersebut mengundang kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap tenaga pengajar tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu terhadap pelajar.

Walau bagaimanapun, isu ini telah pun selesai. Kedua-dua belah pihak iaitu tenaga pengajar dan pelajar yang terlibat memilih untuk berdamai.

Menurut laporan Harian Metro, kes ini dianggap selesai apabila mangsa dan keluarganya serta tenaga pengajar terbabit ingin berdamai.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa, bapa mangsa, dan tenaga pengajar tersebut datang ke IPD Kubang Pasu malam tadi untuk tidak memanjangkan isu. Mereka bersepakat untuk berdamai dan menyelesaikan kes itu secara dalaman.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kes peniaga bergaduh ini pula viral 2 minggu lepas. KLIK untuk baca:

You may be interested in: