Kisah Viral Dua Beranak Terbiar, Anak Saudara Sedih Dan Tampil Ceritakan Hal Sebenar
“Saya bukan sengaja membiarkan keadaannya begitu, ini kerana setiap kali saya mengemas kawasan berkenaan, ibu saudara saya ini akan menyepahkannya kembali." - Norhasimah
Baru-baru ini satu video dan 2 keping gambar di laman Facebook menjadi viral apabila memaparkan dua warga emas tidak terurus, seakan-akan terbiar dijumpai di sebuah rumah usang di Batu Pahat, Johor
Video tersebut telah dimuat naik oleh page SAM Batu Pahat pada 3 Disember lalu dan sehingga kini telah mendapat sebanyak lebih 34 ribu shares di Facebook.
Dalam video tersebut, kelihatan dua warga emas yang dipercayai anak beranak tinggal dalam serba kedaifan dan menyayat hati. Menurut sumber salah seorang (anak) daripada mereka adalah Orang Kurang Upaya (OKU).
Rumah yang beralamat di T/L 96, Parit Makmor, Jalan Parit Karjo, Senggarang, Batu Pahat itu juga kelihatan sangat uzur dan kotor. Sewaktu video dirakam, si ibu kelihatan sedang duduk di atas lantai beralaskan surat khabar dikelilingi sampah sarap.
Orang ramai sungguh bersimpati dengan keadaan dua beranak tersebut serta kutipan sumbangan buat mereka juga telah dijalankan oleh pihak SAM Batu Pahat
Bantuan daripada orang ramai nampaknya sangat menggalakkan. Malah, ada di antara mereka yang berhasrat untuk membawa pulang kedua-dua beranak tersebut untuk dijaga.
Bagaimanapun, laporan Sinar Harian semalam memberitahu anak saudara kepada warga emas berkenaan rasa sedih dengan video viral tersebut
Menurut Norhasimah, 50 dia kecewa apabila ada sesetengah netizen sanggup melemparkan kata-kata negatif tanpa ada usul periksa terlebih dahulu sebelum memberikan komen di laman sosial.
“Cukup kecewa saya apabila kisah makcik saya, Asmah Hasim, 77, ‘diviralkan’, dan lebih menyedihkan semua kisah berkenaan sama sekali tidak benar,” katanya.
sinarharian.com.myMenurutnya lagi, dia sanggup ke pekan Senggarang yang jauhnya hampir tujuh kilometer dari kampungnya, iaitu Kampung Parit Makmor untuk mendapatkan liputan internet kerana ingin membaca komen yang dilemparkan di media sosial.
Tambahnya, dia menangis semalaman kerana sepanjang 20 tahun dia menjaga ibu saudaranya, inilah kali pertama dia difitnah kerana mengabaikan ibu saudaranya yang dikatakan terbiar dan merempat
“Saya bukan sengaja membiarkan keadaannya begitu, ini kerana setiap kali saya mengemas kawasan berkenaan, ibu saudara saya ini akan menyepahkannya kembali,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
sinarharian.com.myNorhasimah memberitahu, sikap ibu saudaranya itu berubah selepas suaminya meninggal dunia, enam tahun lalu dan sejak itu dia menjaga kedua-duanya yang berada di sebelah rumahnya
Segala aktiviti kedua-dua beranak itu dipantau olehnya termasuklah makan dan minum. Namun, dia tidak boleh memberi perhatian sepenuhnya terhadap kedua-dua beranak tersebut kerana dia juga bekerja di sebuah kilang berhampiran pekan Batu Pahat.
"Oleh sebab itu saya terpaksa ulang alik dari tempat kerja ke rumah hampir setiap hari untuk menyediakan makanan," katanya yang turut mempunyai anak OKU perempuan berusia 14 tahun.
sinarharian.com.myNorhasimah sekeras-kerasnya menafikan tuduhan orang ramai yang menyatakan bahawa ahli keluarga dan penduduk kampung mengabaikan penjagaan ibu saudara dan sepupunya kerana mereka berdua sudah berada di bawah jagaannya lebih 10 tahun.
"Jika sengaja dibangkitkan keadaan rumah yang kotor, percayalah sudah beratus kali saya kemas, namun ibu masih mahu tidur di tempat yang kotor. Memang senang untuk orang tuduh macam-macam, namun hanya tuhan saja yang tahu kisah sebenar," katanya.
sinarharian.com.myWalaupun masih terkesan dengan kata-kata kesan dilemparkan di laman sosial, namun Norhasimah tetap bersyukur sekurang-kurangnya isu pengabaian ibu saudara dan sepupunya dapat diselesaikan dengan tindakan pihak berkaitan
Dalam laporan Sinar Harian, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun sudah mengambil mereka dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada keluarga dalam masa yang terdekat.
Sementara itu, Pegawai JKM Batu Pahat, Khairu Asri Ismail berkata, pihaknya memang ada mengambil kedua-dua anak beranak itu, dan mereka akan ditempatkan di Rumah Sri Kenangan (RSK), Johor Bahru pada jam 1.30 petang.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!