seismik

[VIDEO] Warga Korea Gembira Dapat Makan Sate Yang Dimasak Lelaki Malaysia

Siap tambah tau.

Cover image via @fikriakram91 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila berada di perantauan pastinya kita akan merindui makanan di negara sendiri bukan?

Jadi, ramai yang berada di perantauan kebiasaannya akan memasak sendiri jika teringin kerana berada di negara orang ia sukar untuk didapati.

Tular sebuah video baru-baru ini di media sosial, seorang pemuda memberi rakan sekerjanya warga Korea Selatan untuk merasai makanan Malaysia yang dimasak olehnya sendiri iaitu sate ayam.

Menerusi video tersebut memaparkan awalnya kelihatan pemuda itu telah membeli beberapa barangan basah seperti kacang tanah, ayam, serai, nasi impit dan lain-lain untuk memasak menu sate tersebut.

Dia yang juga menetap dan bekerja di negara itu turut menunjukkan cara membersihkan setiap bahan mentah.

Pemuda itu kemudian membungkus makanan tersebut untuk dijamu kepada rakan sekerjanya.

Rakan sekerjanya memuji makanan itu sedap

Kelihatan wajah rakan-rakan sekerjanya begitu teruja untuk merasai air tangan Fikri kerana mereka siap mengambil gambar makanan tersebut.

Seorang lelaki Korea lalu merasai sate ayam tersebut dan memuji kesedapannya dengan menunjukkan ‘thumbs up’ serta ada juga dalam kalangan mereka yang turut menambah sate ayam itu.

"140 cucuk sate ayam, kuah kacang dan nasi impit untuk Korean officemate. Masaklah sedap dan special sikit sebelum Ramadan next week.

"Alhamdulillah, semua suka sate ayam dan kuah kacang. Kata mereka padu macam nasi lemak. Kali ini lebih ramai yang join sebab dah start testing. Enjoy," tulis pemilik akaun di kapsyen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fikriakram91 140 cucuk Satay Ayam, Kuah Kacang & Nasi Impit untuk Korean officemate. Masaklah sedap dan special sikit sebelum Ramadhan next week. Haha. Alhamdulillah, semua suka Satay ayam dan Kuah Kacang. Katanya padu macam nasi Lemak. Kali ini ramai yang join sebab dah start testing. Enjoyyyy! #Koreanlife #malaysian #koreanpeople #SouthKorea #fyp #fyp Lemak Manis - Roslan Madun

Berselera betul masing-masing makan :D

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: