[VIDEO] Dr Malar Tegur Ibu Bapa Jangan Malukan Anak Dengan Ikut Konten Trend Yang Tak Elok
Menurutnya, perkara ini akan menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Platform media sosial telah mengalami banyak perubahan baru-baru ini dengan pembaharuan yang berlaku setiap hari
Namun, tidak dinafikan ada pengguna media sosial yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai tidak berfaedah dan memalukan apabila ditonton oleh orang ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pengamal perubatan dan influencer, Doktor Malar Santhi Santherasegapan menasihatkan para ibu untuk tidak melakukan sebarang trend kandungan yang boleh memberi kesan buruk kepada anak.
Dr Malar berkata demikian dalam satu podcast yang bertajuk Borak Kerjaya YEG. Katanya, sebagai seorang wanita kita perlu menjaga diri dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan maruah sebagai perempuan dan isteri.
“Maaf saya lebih fokus kepada wanita, kerana perempuan kita kena jaga diri kita untuk ayah, suami dan anak kita.
“Anak ni penting tau. Anak bila dia dah besar, bila dia tengok balik benda yang mak dia buat ia boleh memberi kesan kepada memori sewaktu kecil dan kesihatan mental,” ujarnya
"Kawan-kawan boleh mengejek anak dan beri kesan pada mental dan memori kanak-kanak" - Dr Malar
Ibu-ibu perlu memahami betapa pentingnya untuk elakkan diri daripada memberikan trauma mental kepada anak-anak mereka.
Disebakan itu, para ibu dan wanita harus berhati-hati dengan penampilan, cara berbicara, dan perilaku mereka saat berada di tempat umum.
“Ini kerana anda tidak mahu apabila kawan-kawan kepada anak berlawak serta mengejek mak dia kepada dia.
“Malu tau, cuba bayangkan anak lelaki awak pergi sekolah. Lepas tu kawan dia ejek tentang mak dia.
“'Amboi peha mak kau, amboi’. ‘Amboi mak kau komen macam tu’.”
“Jadi ia bukan hanya tentang terkenal, glamour, atau kewangan tetapi what goes online stay online,” katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!