#AJL38 Paling Ikonik, Catat Rekod 6.4 Juta Capaian Tontonan Pada Malam Kemuncak Anugerah
Peningkatan sebanyak 13% berbanding dengan AJL 37 sepanjang siaran langsungnya di TV3.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) terbukti paling ikonik apabila seluruh rakyat Malaysia terharu dan gembira apabila ‘Hasrat’ dinobatkan sebagai juara lagu.
Karya yang penuh emosi dan mencengkam hati penonton ini merupakan ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Amir Jahari
Anugerah berprestij ini telah berjaya mencapai 6.4 juta tontonan TV yang menunjukkan peningkatan sebanyak 13% berbanding dengan AJL 37 sepanjang siaran langsungnya di TV3 pada 3 Mac 2024 bermula pukul 9.00 malam.
Capaian tontonan TV tersebut juga merupakan rekod yang tertinggi sejak 2021. Jumlah tontonan menerusi strim langsung secara eksklusif di www.tonton.com.my mahupun aplikasi Tonton pada 3 Mac 2024 juga telah mencatat peningkatan sebanyak 153% jumlah jam tontonan di Tonton.
Capaian di semua platform media sosial turut meningkat
Capaian menerusi platform media sosial turut menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3% dengan catatan jumlah 3.2 billion dan sohor di media sosial selama 3 hari. (sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, AJL 38 berjaya mencapai matlamat sebagai AJL paling ikonik dalam penganjurannya untuk memartabatkan lagu terbaik.
"Persembahan pembukaan yang memukau dan tema MUZIKAVERSE juga mencetuskan ilham dan kreativiti yang luar biasa daripada semua pihak seperti pihak station, produksi dan barisan finalis AJL 38 dan turut menyumbangkan konsep persembahan dan rekaan pentas yang sangat unik.
"Bagi pihak TV3, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada lebih 200 warga kerja Media Prima yang terlibat dalam menjayakan AJL 38. Teruskan berkarya dan memberikan kandungan yang segar, menarik, menghiburkan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua. Terima kasih juga kepada pihak penaja yang bersama-sama merealisasikan pentas AJL paling ikonik ini," ujarnya.
Matlamat Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun
Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun.
Anugerah Juara Lagu merupakan platform penting dalam industri muzik Malaysia yang menyatukan pelbagai genre muzik hasil para karyawan muzik tanah air dan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka.
Selain itu, program ini juga menjadi perantara yang menghubungkan peminat dengan penyanyi kesukaan mereka dan menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun diterbitkan.
AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik
Untuk rekod, malam anugerah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam.
AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan.
Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38 #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!