seismik

Memasak, Gunting Rambut Antara ‘Survival Skills’ Yang Perlu Ada Pada Anak Muda Sekarang

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 'survival skills' dalam kehidupan seharian amat penting.

Cover image via @sirladang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak semestinya kita akan bekerja dalam bidang pengajian kita.

Mungkin, rezeki kita berada di tempat lain dan tidak semestinya bidang pengajian diambil dahulu sesuai dengan diri

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pempengaruh dan pensyarah yang dikenali sebagai Sir Ladang yang sedang memberikan kuliah kepada pelajarnya.

Menerusi video itu, dia menasihati pelajarnya untuk memiliki ‘survival skill’ kerana kemahiran kendiri amatlah penting terutama sekali jika berdepan dengan situasi tidak terjangka.

Sebagai contoh, ketika pandemik ada yang diberhentikan kerja tetapi kerana memiliki kemahiran kendiri, mereka mampu mencari rezeki lain.

Mengambil kursus pendek di Kolej Komuniti untuk belajar pelbagai skil

Malah, dia juga mengatakan bahawa boleh mengambil kursus pendek di Kolej Komuniti untuk belajar pelbagai skil dan bertepatan dengan minat.

Tambahnya, untuk pelajar juga boleh mencari duit poket dengan kemahiran yang mereka miliki seperti potong rambut, makeup dan sebagainya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sirladang Saya tak suruh belajar full time. Saya suruh join short course hujung minggu. Dari cuti takde buat apa kat rumah. Banyak kursus untuk remaja even budak sekolah rendah pun datang belajar. Dari kecik diorang dah boleh develop minat. Kita boleh tau skill apa yang diorang nak. Aku post jugak video ni walaupun nanti akan ada yang kecam “ko single diam la…ko bukan ada anak”. Yelah! Ko je ada anak. Salam gaji 1500! #sirladang #kolejkomuniti #lecturerlife Instrument Sholawat Sedih - INDRAGE

Ramai yang anggap survival skills ini tak penting tapi sangat berguna tau :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: