seismik

[VIDEO] Hafiz Mahamad Tampil Jelaskan Isu Bergelut Demi Staf Cium Hajarul Aswad

Ada betulnya juga apa yang Hafiz Mahamad cakap.

Cover image via @hafizmahamad (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad telah memuat naik video memaparkan pengalaman sanggup berhimpit dan berasak-asak dengan orang ramai untuk mencium Hajar Aswad bersama pasukannya ketika mengerjakan umrah

Terbaharu, Hafiz tampil berkongsi video penjelasan tentang isu yang sedang hangat tersebut di Instagram miliknya, @hafizmahamad.

Menurutnya, sebelum dia berkongsi video tersebut di media sosial dia telah pun meminta pendapat kepada beberapa orang dan pendapat yang dia terima adalah positif.

"Bila saya share video itu, sejam dan dua jam yang pertama tu MasyaAllah, direct message semua banyak positif. Ada apabila yang tengok 'Ya Allah, teringinnya nak pergi', 'Ya Allah, rupa-rupanya situasi dia macam ni," katanya.

Selalu berpesan apa yang perlu dilakukan di bumi Allah kepada para pekerjanya

"Team, di bumi Allah ni, jangan tengok food hunting sahaja, jangan fikir kita akan solat dalam masjid sahaja tetapi ada perkara-perkara lain dan cubalah usahakan diri untuk pergi, cubalah manfaatkan.

"Cubalah pergi solat ke dalam Hijr Ismail, cubalah cium batu hajarul aswad, cubalah solat di depan Kaabah," katanya lagi.

Jelasnya, motif Hafiz berpesan itu supaya apabila mereka pulang ke Malaysia mereka tidak akan rasa ralat kerana tidak dapat melakukan perkara-perkara tersebut.

Dia juga tidak mahu timbul perasaan rasa rugi dalam diri pekerjanya kerana tidak berpeluang untuk mencium batu hajarul aswad disebabkan takut dengan situasi-situasi seperti orang ramai di kawasan batu hajarul aswad.

Video yang dikongsikan olehnya di media sosial hanya untuk dijadikan kenangan

"Bagi saya apabila saya post video tersebut semalam adalah untuk dijadikan kenangan dan boleh wujudkan keberanian juga kepada para sahabat saya untuk datang ke sini," jelasnya.

Ini bermaksud, orang ramai akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental setelah melihat video yang Hafiz kongsikan itu dan akan lebih membuka mata tentang bagaimana situasi untuk beribadah di bumi Allah.

"Niat saya hanya wujudkan keberanian dalam diri sahabat saya untuk mencuba dan dalam video tersebut juga bukan saya nak jadi hero tapi hopefully, benda tersebut boleh dicontohi oleh team saya juga.

"Macam saya kata team saya orang susah dan mana tahu satu ketika nanti mereka mampu untuk bawa jemaah-jemaah lain seperti anak yatim atau staf-staf mereka.

"Satu hari nanti mereka mampu bertindak macam apa yang saya buat, lead mereka untuk sampai ke tempat-tempat itu supaya orang lain juga tidak rasa ralat kerana tidak dapat buat ibadah sunat itu," jelasnya lagi.

“Tak salah untuk mencuba, mana tahu rezeki” - Hafiz Mahamad

"Jangan takut untuk mencuba walaupun perkara itu sunat sahaja.

"Banyak perkara-perkara lain lagi kita boleh buat seperti tawaf dan sebagainya tetapi cubalah supaya kita tak rasa ralat bila balik ke Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Hafiz juga memohon maaf sekiranya video yang dia katakan untuk dijadikan kenangan itu wujudkan banyak persepsi kepada orang lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: