Ini Senarai Kurma Israel Di Malaysia Yang Ada Dijual Anda Perlu Elakkan
Semoga info ini berguna untuk anda semua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pastinya kebanyakan umat Islam di Malaysia akan membeli kurma malangnya ramai yang tidak tahu dan membeli kurma dari tanah haram Israel
Bagaimana kurma Israel di Malaysia? Kebanyakan kurma dari Israel ini boleh didapati dengan mudah di pasaran Malaysia dan menjadi pilihan ramai kerana harganya juga sangat mampu milik.
Kita sudah ketahui bahawa mereka melakukan kekejaman kepada penduduk Palestin, oleh itu, pelbagai usaha kita lakukan antaranya elakkan dari menyokong dan menyumbang ekonomi kepada mereka.
Berikut adalah senarai jenis kurma Israel di pasaran. Mohon berhati-hati dengan jenama seperti dibawah:
Industri kurma di Israel
Mungkin ramai tidak tahu bahawa Israel adalah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia. 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasar raya utama serta kedai tempatan di seluruh benua.
Menurut Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.
Katanya, pada 2020, UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai AS$8.9 juta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!