seismik

Malaysia Miliki Pencakar Langit Terbanyak Di Asia Sekali Gus Duduki Tempat Ke-4 Di Dunia

Difahamkan, Malaysia mempunyai lebih daripada 300 buah pencakar langit.

Cover image via seasia.stats (Instagram) & Future Education

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 366 buah pencakar langit, menjadikannya negara dengan jumlah pencakar langit tertinggi di Asia Tenggara

Menerusi laporan data daripada Council on Tall Buildings and Urban Habitat dan laporan berita dari Indonesia, Seasia, melaporkan bahawa Malaysia mempunyai 293 buah bangunan yang lebih tinggi daripada 150m, 67 bangunan yang lebih tinggi daripada 200m dan enam bangunan yang lebih tinggi daripada 300m.

Malaysia mendominasi dalam ketiga-tiga kategori ketinggian apabila dibandingkan dengan negara-negara jirannya.

Secara global, Malaysia menduduki tempat kedua di Asia dan tempat keempat di dunia dari segi jumlah pencakar langit terbanyak

Menurut data terkini, Malaysia mengalami peningkatan yang signifikan dalam kedudukannya dalam kalangan negara-negara yang mempunyai jumlah pencakar langit terbanyak,

Pada tahun 2023 Malaysia berada di tempat keenam dan kini berada di tempat keempat dalam tempoh satu tahun sahaja.

Malaysia berada di belakang China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu, di mana masing-masing memiliki 4549, 1168 dan 527 pencakar langit.

Sementara itu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Petaling Jaya juga tersenarai antara 15 bandar dengan jumlah pencakar langit terbanyak di Asia Tenggara.

Indonesia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dengan jumlah pencakar langit sebanyak 188 buah, diikuti oleh Filipina dengan jumlah 168 buah dan Thailand, 163 buah.

Kuala Lumpur mengambil peranan sebagai bandar dengan jumlah pencakar langit tertinggi di rantau ini.

Tahniah Malaysia!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: