[VIDEO] Ramai Terlepas Pandang Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Makmum Masbuq
Difahamkan, makmum masbuk yang terlewat memasuki saf tidak wajib untuk membaca Al-Fatihah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, solat fardhu ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh makmum masbuk.
Difahamkan, makmum masbuk merujuk kepada jemaah yang tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-Fatihah sebelum imam rukuk.
Tidak melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu
Menerusi video tersebut, kesilapan pertama yang kerap dilakukan oleh makmum masbuk ialah mengabaikan takbiratul ihram.
Kesalahan ini menyebabkan solat yang dilakukan menjadi tidak sah dan memerlukan solat semula.
Tidak berada dalam keadaan tenang dan khusyuk
Kesalahan kedua yang sering dilakukan oleh jemaah yang terlewat adalah tidak to'maninah ketika rukuk bersama imam.
Ini bermaksud mereka tidak berada dalam keadaan tenang dan khusyuk untuk rukuk bersama imam dan jemaah lain.
Kesilapan ketiga pula adalah apabila mereka menghabiskan bacaan Al-Fatihah selepas takbiratul ihram, menyebabkan mereka terlewat untuk rukuk bersama-sama imam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!