seismik

[VIDEO] Ramai Bengang Individu Warga Asing Ini Sengaja Mahu Lompat Mengejut Ke Arah Jalan

Ramai yang dakwa kejadian seperti itu kebiasaanya berlaku di negara China namun, ia kini dilihat sudah berada di negara ini.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakan pengguna jalan raya kini memasang kamera dashcam sebagai langkah keselamatan

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X yang memaparkan seorang pemandu yang hampir ditipu dengan seorang pejalan kaki.

Menerusi video tersebut, pada mulanya pemandu sedang melalui lampu isyarat yang masih hijau di laluan kiri.

Selepas beberapa saat, terdapat seorang lelaki terlihat sedang berjalan kaki di tepi jalan berdekatan dengan lampu isyarat.

Tiada angin, tiada ribut, individu tersebut mahu melompat ke arah kereta berkenaan

Apabila kereta pemandu tersebut hampir ke arah pejalan kaki itu, tiba-tiba pejalan kaki itu bertindak seolah-olah ingin melompat ke arah kereta.

Namun, setelah kereta melepasi pejalan kaki itu, terdengar bunyi seolah-olah berlakunya pelanggaran dan pemandu dengan mengucapkan 'Allahuakbar' lalu memberhentikan kereta.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: