[VIDEO] Tetamu Tergamam Lihat Budak Lelaki 'Tapau' Habis Lagu Iklim Di Majlis Kahwin
Terbaiklah adik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepertinya menjadi satu kebiasaan atau tradisi bagi majlis perkahwinan di Malaysia untuk mengadakan sesi karaoke di mana tetamu atau ahli keluarga pengantin menyanyi
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Kebanyakan tetamu yang hadir terkesima setelah mendengar suara seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menyanyikan lagu karaoke.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak lelaki itu mempersembahkan lagu "Bukan Niatku" oleh kumpulan Iklim.
Segera keluarkan telefon untuk merakam
Bahkan, mereka segera mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam nyanyian kanak-kanak tersebut.
“Menangis abang dengar suara kau dik, mantap. Pakai earphone untuk dengar bunyi yang baik,” tulis pemilik akaun di dalam video.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!