‘Kami Lebih Gembira’ – Wanita Ini Kongsi 12 Kelebihan Didik Anak Tanpa TV Di Rumah

Tak sangka hasilnya begitu memberangsangkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Widyana Ali/Facebook

Pernah bayangkan hidup tanpa TV?

TV atau televisyen sudah menjadi satu keperluan dan perkakas elektronik yang wajib ada di setiap rumah. Kalau zaman dulu, sesiapa yang mampu memiliki sebuah TV di rumah boleh dianggap kaya dan berharta. Tapi sekarang, setiap rumah pun ada TV, malah rumah yang tak ada TV boleh dianggap luar biasa.

Zaman sekarang ni, boleh ke hidup tanpa TV?

Image via

Lebih-lebih lagi kalau dari kecil dah didedahkan dengan TV, memang susahlah nak "buang" TV daripada kehidupan seharian

Begitulah apa yang dialami oleh **[Widyana Ali](https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206689610942833&set=a.2511451509531.112916.1350436369&type=3&theater)**, yang mana dia dan anak-anaknya dahulu merupakan penonton TV tegar. Widyana menganggap bahawa TV-lah yang menjadi pengikat kasih sayang di antara dia, suami, dan anak-anak.

Namun lama-kelamaan, persepsi tersebut berubah bila anak-anaknya mula membesar. Lalu beliau pun terfikir, *"Bagaimana agaknya hidup tanpa televisyen di rumah?"*

Widyana Ali bersama keluarga.

Image via Widyana Ali/Facebook

Widyana nekad ingin mencuba sesuatu yang tak pernah dicubanya selama ini, iaitu hidup tanpa TV bersama anak-anak. Pada mulanya, cabaran itu tampak begitu sukar.

Aktiviti menyusun kasut.

Image via Widyana Ali/Facebook

Namun, pendekatan yang dipraktik oleh beliau bersama suami perlahan-lahan membuahkan hasil. Malah, beliau sendiri tak sangka dengan hasil yang didapatinya.

No-gadgets-kids activity. Seorang ambil order. Seorang cashier. 3 orang waiters. Abah customer yang dipaksa, walaupun puasa kena beli nasi goreng dan ABC hihi. Main masak-masak ni boleh bina interpersonal skill anak-anak. Baru setahun lebih cuba survive tanpa tv di rumah, alhamdulillah rupa-rupanya hidup lebih ceria dan harmoni tanpa tv.

Image via Widyana Ali/Facebook

Bukan setakat lebih gembira, kehidupan Widyana sekeluarga kini lebih akrab kerana masing-masing berkomunikasi antara satu sama lain dan meluangkan masa bersama-sama

Si Abah bermain dengan anak-anak.

Image via Widyana Ali/Facebook

Selepas setahun lebih survive tanpa TV, Widyana menggalakkan pasangan ibu bapa lain untuk menggunakan pendekatan yang sama

*Kepada kawan-kawan, cubalah 'buang' TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak-anak.

Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah, silakan.

Nota: Dulu- dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal.*

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: