[GAMBAR] Wanita Parah Melecur 60% Kerana Guna Telefon Semasa Isi Minyak
Nasib malang menimpa wanita berusia 25 tahun.
Cover image via www.bhplus.com.mySeorang wanita disambar api sehingga menyebabkan 60 peratus tubuhnya melecur hanya kerana sebuah telefon bimbit
Seorang wanita ditemui melecur 60 peratus di sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur.
Image via www.bhplus.com.my
Menurut [sumber](http://www.bhplus.com.my/node/169208), wanita berkenaan disambar api akibat menggunakan telefon bimbit ketika sedang mengisi minyak kenderaannya. Kejadian dipercayai berlaku di stesen minyak SHELL di Setapak Indah, Kuala Lumpur.
Sebaik menerima laporan, 5 anggota bomba dan penyelamat Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi
**AMARAN:** Gambar berunsur grafik.
Namun begitu, seorang netizen memberitahu dakwaan itu tidak tepat. Menurutnya, wanita itu sebenarnya cuba untuk bunuh diri di tempat kejadian.
Image via Mynewshub/Facebook
Kenyataan selebihnya tidak pula diberikan oleh netizen ini walaupun telah diajukan dengan pelbagai soalan di ruangan komen.
