Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
imho

Dear FIFA, Tolong Haramkan Penyokong Indonesia. Sikap 'Hooligan' Mereka Makin Melampau!

Sudah tiba masanya.

Cover image via Twitter #HarimauMalaya AFP

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS

Skuad Harimau Malaya pernah mengharungi dua detik menakutkan ketika menentang Indonesia di tempat lawan apabila perlu menaiki barracuda demi menjamin keselamatan

Dalam insiden pertama pada 2009, Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai ke Stadium Gelora Bung Karno, begitu juga ketika pulang ke hotel penginapan selepas dikepung penyokong tuan rumah dan dibaling objek keras ketika beraksi pada final Piala AFF Suzuki.

Sungguhpun diselubungi rasa takut, para pemain Harimau Malaya tetap teguh dan perlawanan tersebut berakhir dengan Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat pertama kali menewaskan Indonesia.

Harimau Malaya, 2009

Image via Harian Metro

Pada Sukan SEA 2011, situasi sama berlaku apabila pasukan negara sekali lagi dibawa menaiki barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah.

Harimau Malaya, 2011

Image via Twitter #HarimauMalaya

Selepas dua insiden tersebut, ramai yang fikir bahawa penyokong Indonesia pasti akan menjadikannya sebagai pengajaran dan tidak akan mengulanginya lagi.

Malangnya tanggapan itu ternyata salah kerana sejarah yang sama berulang kembali semalam.

Skuad Harimau Malaya (atau Harimau Malaysia) sekali lagi perlu menaiki kenderaan barracuda untuk pulang ke hotel penginapan setelah membenam Garuda 3-2 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di Jakarta malam tadi.

Harimau Malaya, 2019

Image via Sukan Sentral

Gol kemenangan minit akhir oleh Mohamadou Sumareh tampak begitu pahit untuk ditelan penyokong Garuda sehingga mereka bertindak untuk melakukan rusuhan dan keganasan di stadium.

Mereka turun ke trek dan lari menuju ke penyokong Malaysia, mereka membaling batu dan objek keras, mereka memasang flare, mereka melakukan provokasi, mereka menghentak kaca penghadang, mereka merempuh pasukan keselamatan, dan macam-macam lagi.

Lihat video-video di bawah yang sempat dirakam dan dimuat naik oleh penyokong yang hadir ke stadium:

Ada banyak lagi video tapi cukuplah kami letak enam video ini sahaja. Itu pun sudah cukup menunjukkan sikap tidak matang penyokong Indonesia.

Kalau itu masih tidak cukup, gambar di bawah ini lebih jelas menunjukkan sebab kenapa mereka perlu diharamkan

Tifo penyokong Indonesia dengan kata kesat

Image via Twitter #HarimauMalaya

Sukan sepatutnya menjadi medan untuk dua pasukan bertemu dan bertarung secara sihat, dengan penyokong berfungsi sebagai pemain ke-12 bagi menyemarakkan semangat pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Tetapi bukan untuk penyokong Indonesia. Mentaliti 'jaguh' mereka sentiasa memasang tujuan untuk berperang sehingga titisan darah terakhir di kalangan orang awam. Mereka tidak kisah jika ada penyokong yang maut dibelasah, asalkan mereka puas!

Sebelum perlawanan mula lagi mereka sudah tunjuk mentaliti ganas mereka terhadap penyokong Malaysia. Dan keganasan mereka lebih menyemarak setelah pasukan Garuda dibenam Harimau.

Dear FIFA, sudah tiba masanya untuk anda mengambil tindakan dan mengharamkan penyokong Indonesia daripada hadir ke mana-mana perlawanan pasukan kebangsaan mereka

Image via AFP

Rakyat Malaysia sudah muak melihat rusuhan demi rusuhan yang dilakukan mereka ke atas penyokong dan pemain. Dan kami juga yakin, mereka tidak akan berubah.

Pengharaman ini tidak menjamin mereka akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa setiap tindakan mereka akan datang dengan akibat yang setimpal.

Ramai yang telah bersuara, malah FAM juga bakal membuat aduan rasmi kepada FIFA susulan tindakan liar penyokong Indonesia

So FIFA, apa tunggu lagi?

Sementara tunggu FIFA buat kerja, jom kita recap balik perlawanan epik malam tadi:

Bisa aja pak ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini yang kita mahu!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment