Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Ini 6 Tempat Bubur Berlauk Yang Sedap & Murah Di Klang Valley. Mesti Try!

Bubur is love. <3

Mood nak makan bubur ni bila-bila masa je akan muncul, bukan masa sakit je... Kadang malas nak makan pun, terfikir nak makan bubur!

Image via GIPHY

Hmm, mana nak dapat bubur yang sedap pastu banyak lauk... Kalau boleh nak mengenyangkan, sekali makan terus rasa puas. Emm...

Tak perlu fikir dan peningkan kepala dah, jom tengok list bubur yang sedap. Fuh, makan panas-panas sedapnya! 

1. Mangkuk Tingkat Place, Wangsa Maju

Image via @mangkuktingkatplace (Instagram)

Image via @mangkuktingkatplace (Instagram)

Mangkuk tingkat place memang terkenal dengan bubur berlauk. Sumpah lauk yang banyak ini buat you guys pening nak pilih mana. Semua sedap-sedap belaka! Teringin nak makan bubur berlauk? Datanglah sini. 

Alamat:

35, Jalan 14/27b,
Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur, WPKL.

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu (8am - 9.30pm).

Dapatkan maklumat lanjut di Instagram.

2. Jim's Food, KL

Image via Jim Food - previously Jim's Porridge

Image via Jim Food - previously Jim's Porridge

Jim's Porridge yang sekarang dikenali sebagai Jim's Food ini menawarkan sebanyak 14 topping untuk bubur anda. Tinggal pilih je yang nak mana... Confirm sedap! Banyak juga cawangan, senang dah kalau ngidam bubur.

Alamat & Waktu Operasi:

Busana Mara, KL. 
Isnin - Ahad (11am - 9pm).
Jakel Mall, KL. 
Isnin - Ahad (11am - 8pm).
Giant Ulu Kelang.
Isnin - Ahad (11am - 2pm).
Sri Gombak.
Isnin - Ahad (9am - 8pm).

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

3. Bubur Nasi Melawati, Taman Melawati

Image via @buburnasimelawati (Instagram)

Image via @buburnasimelawati (Instagram)

Bubur nasi Melawati ini juga tak ketinggalan dengan kepelbagaian lauk yang dihidangkan. Macam-macam sayur dan daging boleh dipilih sesuai dengan cita rasa anda. Delivery is also available!

Alamat & Waktu Operasi:
Jalan Taman Melawati,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Setiap hari (7.30am - 11am).

Jalan Rampai Niaga 4,
Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, WPKL.
Setiap hari (11am - 9pm).

Dapatakan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.


4. Jom Bubur, Desa Melawati

Image via @jombubur (Instagram)

Image via @jombubur (Instagram)

Penggemar bubur jangan lupa untuk singgah ke sini juga, try semua lauk yang ada. Makan bubur panas-panas, emm sedapnya! 

Alamat:

Enjoys Corner, Gerai No 16,
Taman Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi:
Selasa - Ahad (4pm - 10pm).

Dapatkan maklumat lanjut di Instagram.

5. Sooo Bubur Nation, Malay Town

Image via @sooobuburnation_official (Instagram)

Image via @sooobuburnation_official (Instagram)

Kepada sesiapa yang singgah Malay Town Food Court, haa jangan lupa cuba bubur berlauk di sini. Bubur lauk terboekkk! 

Alamat:
Malay Town Food Court, Jalan Bidor,
Jalan Setapak, 53000 Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi: 
Setiap hari (5pm - 11pm).

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

6. Bubur Khaw, Kota Damansara

Image via @bubur_nasi_kota_damansara (Instagram)

Image via @bubur_nasi_kota_damansara (Instagram)

Fuh lauk yang banyak, bubur yang padat. Memang puas hati! Teringin? Tinggal pesan sahaja, terus sampai ke rumah anda! Bubur Khaw ini tidak menyediakan servis dine-in. Anda boleh pesan melalui Instagram mereka.

Waktu penghantaran:
Isnin - Jumaat (11am - 8pm)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

Tunggu apa lagi? Bye, pergi dulu nak serbu bubur ni!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang mantap?

Jom beli barang dapur baru:

Dapatkan tips-tips dapur:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment