Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

7 Resepi Makanan Sahur Yang Ringkas & Sihat Agar Anda Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

Resepi sihat tetapi lazat untuk anda tahan kenyang apabila seharian berpuasa.

Cover image via MyResipi

1. Fritata Putih Telur

Fritata Putih Telur

Image via MyResipi

Resepi Fritata Putih Telur ini memang sesuai untuk dimakan pada waktu sahur kerana putih telur mempunyai kandungan protein tinggi yang boleh membantu menahan lapar. Resepi ini juga sangat menyihatkan kerana mengandungi serat seperti kacang pis, lobak merah dan kubis. 


Dapatkan resepi penuh Fritata Putih Telur di sini.

2. Bubur Oat Tomyam

Bubur Oat Tomyam

Image via MyResipi

Resepi Bubur Oat Tomyam ini memang mudah untuk disediakan kerana cara penyediaannya yang sama seperti bubur nasi. Resepi ini juga mempunyai rasa savoury yang membuatkannya unik. Bukan itu sahaja, oat sangat sesuai untuk anda yang berpuasa kerana mempunyai zat dan khasiat yang akan menjadikan anda bertenaga sepanjang hari. 

Dapatkan resepi penuh Bubur Oat Tomyam di sini.

3. Salad Tauhu

Salad Tauhu

Image via MyResipi

Resepi Salad Tauhu ini sesuai untuk anda yang mengejar masa kerana cara pembuatannya yang mudah. Anda hanya perlu menggoreng tauhu dan cincang sayur-sayuran sahaja. Tauhu juga tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk dimasak. Pada masa yang sama, tauhu kaya dengan protein bagi mengurangkan rasa lapar sepanjang hari. 

Dapatkan resepi penuh Salad Tauhu di sini.

4. Kari Kacang Kuda & Ayam

Kari Kacang Kuda & Ayam

Image via MyResipi

Untuk hidangan yang mengenyangkan, cubalah resepi Kari Kacang Kuda & Ayam ini. Memang nikmat jika dimakan bersama nasi. Rasanya yang penuh rempah ratus pasti akan menambahkan selera anda. Resepi ini juga mempunyai kacang kuda yang kaya dengan protein dan mampu mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa. 

Dapatkan resepi penuh Kari Kacang Kuda & Ayam di sini.

5. Kentang Oregano

Kentang Oregano

Image via MyResipi

Resepi Kentang Oregano ini sangat mudah untuk disediakan pada waktu sahur. Anda hanya perlu merebus kentang dan menggorengnya bersama sayur-sayuran. Hidangan ini juga menyihatkan kerana kaya dengan sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak merah. Sumber protein seperti kacang merah juga ada. Memang memuaskan! 

Dapatkan resepi penuh Kentang Oregano di sini

6. Bubur Oat Ayam

Bubur Oat Ayam

Image via MyResipi

Jika anda mahukan hidangan yang ringkas dan berkhasiat, Bubur Oat Ayam ini sangat sesuai untuk anda. Bijirin oat tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Resipi ini juga mempunyai bahan-bahan seperti ayam dan oat yang kaya dengan protein. Pasti mengenyangkan! 

Dapatkan resepi penuh Bubur Oat Ayam di sini

7. Ayam Kacang Panggang

Ayam Kacang Panggang

Image via MyResipi

Resepi Ayam Kacang Panggang ini sangat sesuai untuk hidangan sahur kerana sangat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu menggoreng semua bahan-bahannya di dalam kuali. Resepi ini juga menggunakan bahan-bahan dapur asas sahaja! 

Dapatkan resepi penuh Ayam Kacang Panggang di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi resepi-resepi bulan Ramadan di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment