Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

6 Resipi Nasi Goreng 'Rare' Yang Sukar Dijumpai Di Mana-Mana Kedai Makan. Mudah Je!

Nasi goreng memang ternyata nikmat di dunia terutama sekali dengan 6 resipi ini.

Cover image via imgur.com

1. Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Image via MyResipi

Lauk kailan ikan masin sudah pastinya sedap, tetapi bagaimana pula dengan nasi goreng kailan ikan masin? Dua kali ganda lebih sedap! Gandingan belacan dan ikan masin pasti akan menggamit hati sesiapa sahaja yang memakannya. 

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Kailan Ikan Masin di sini.

2. Nasi Goreng Serai Harum

Nasi Goreng Serai Harum

Image via MyResipi

Seperti yang ternyata pada namanya, nasi goreng serai harum ini pasti akan mengharumkan dapur anda. Resipi ini khas untuk si mereka yang menggemari makanan pedas. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan (atau melebihkan) cili api mengikut citarasa anda sendiri. Selamat mengharumkan dapur! 

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Serai Harum di sini

3. Nasi Goreng Daun Kesum

Nasi Goreng Daun Kesum

Image via MyResipi

Daun kesum bukan sahaja boleh digunakan untuk laksa. Malah, daun ini juga boleh menambahkan aroma dan rasa kepada nasi goreng anda. Rasanya yang sedikit peppery dan citrusy ditambah pula dengan cili padi dan belacan. Memang terangkat! 

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Daun Kesum di sini

4. Nasi Goreng Daun Pudina

Nasi Goreng Pudina

Image via MyResipi

Nasi goreng pudina? Ya, tepat sekali. Memang agak pelik tetapi daun pudina dapat menambahkan sedikit kesegaran kepada nasi goreng ini tetapi jangan risau, nasi goreng anda tidak akan rasa seperti ubat gigi. Resepi ini memang terbukti lain daripada yang lain. 

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Pudina di sini

5. Nasi Goreng Bunga Kantan

Nasi Goreng Bunga Kantan

Image via MyResipi

Sekali sekala, apa kata anda cuba nasi goreng bunga kantan? Resipi ini memang khas untuk anda yang ingin menambahkan aroma dan rasa kepada nasi goreng anda! Cara penyediaannya pun mudah. Memang patut dicuba kerana susah nak jumpa di luar sana! 

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Bunga Kantan di sini.

6. Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan

Image via MyResipi

Jarang sekali ikan kembung digunakan dalam resipi nasi goreng. Walaupun agak unik, hasilnya memang sangat memuaskan! Jika anda sudah muak dengan ayam atau daging, resipi ini khas untuk anda. 

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Ikan di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Anda peminat nasi yang tegar? Jemput cuba resipi mudah ini:

Dapatkan aneka resipi-resipi 'rare' dan mudah di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment