Mi Hongkong, Mi Gulung & 6 Lagi Hidangan Mi Anda Boleh Buat Dalam Masa Yang Singkat
Banyak jenis hidangan sebenarnya korang boleh masak menggunakan mi kuning. Semua yang simple dan sedap!
1. Mi Padprik
Mahukan mi goreng flavour Thai? Anda pasti akan menyukai resipi Mi Padprik ini. Hidangan padprik yang dimasak dengan seafood, kemudian dimasukkan mi kuning ini memang terbaik dan sangat lazat. Hidangkan menu yang special sikit untuk malam ini!
Dapatkan resipi penuh Mi Padprik di sini.
2. Mi Hongkong
Pernah cuba Mi Hongkong? Ia merupakan hidangan mi kuning yang dimasak dengan kuah yang diperbuat daripada stok ayam, lada sulah dan pelbagai jenis seafood. Memang ngam! Cara untuk membuat Mi Hongkong ini sangat mudah, tetapi hidangannya memang lazat untuk dinikmati.
Dapatkan resipi penuh Mi Hongkong di sini.
4. Mi Gulung
Ingin hidangkan sesuatu yang unik? Hidangan mi kuning ini memang lain daripada lain kerana digoreng dan dibalut dengan telur. Ia dibuat lazat lagi kerana dihidangkan dengan kuah yang pekat yang mengandungi telur, ayam, udang, lobak merah, sayur sawi dan kicap. Impress rakan dan keluarga anda dengan menghasilkan hidangan Mi Gulung ini. Pasti mereka teruja!
Dapatkan resipi penuh Mi Gulung di sini.
5. Mi Kari Nyonya
Mi Kari Nyonya memang digemari orang ramai. Hidangan yang mengandungi mi kuning, telur rebus, tauhu goreng, sayuran, ayam dan kuah kari yang pekat dan berlemak ini memang sedap. Mi Kari Nyonya memang pilihan comfort food yang best dan juga mudah untuk dibuat.
Dapatkan resipi penuh Mi Kari Nyonya di sini.
6. Mi Calung
Sukakan mi kuning dengan clear soup? Anda patut cuba resipi mudah ini. Yang membuat sup ini flavourful ialah sup ini direbus dengan rangka ayam, sayuran dan kemudiannya direbus pula bersama bebola ikan tenggiri. Makan pula masa hujan, memang terangkat!
Dapatkan resipi penuh Mi Calung di sini.
7. Mi Soto
Ini lagi satu hidangan khas untuk penggemar mi sup. Mudah sahaja untuk membuat Mi Soto ini. First, sediakan sup ini dengan merebus air bersama ayam, halia, bawang putih, bawang merah, serai, kayu manis, buah pelaga dan sebagainya hingga ayam masak. Akhir sekali, masukkan mi kuning dan sayuran sebagai topping dan tadaa!
Dapatkan resipi penuh Mi Soto di sini.
8. Mi Basah
Untuk yang sukakan something yang klasik dan juga simple, hidangan Mi Basah ini boleh anda hasilkan. Mi Goreng ini juga khas untuk yang sukakan hidangan style masakan yang berkuah pekat. Masukkan sahaja bahan-bahan seperti udang, ayam dan sayuran, masak dan siap!
Dapatkan resipi penuh Mi Basah di sini.